Resepi Stew Ayam & Roti Bawang Putih

Tidak tahu mahu masak apa sebagai hidangan? Apa kata cuba resepi Stew Ayam & Roti Bawang Putih

Resepi Stew Ayam & Roti Bawang Putih
Stew Ayam

Bahan-bahan

  • 1/2 eko ayam
  • 3 sudu besar tepung gandum
  • 2-3 sudu kicap
  • 1 sudu besar lada hitam (tumbuk kasar)
  • garam & serbuk perasa
  • 5 biji ubi kentang
  • 1 batang karot
  • 1 biji bawang besar
  • 1 tin cendawan butang dalam tin (potong 2)

Bahan Tumis

  • 4 biji bawang merah (hiris nipis)
  • 3 biji bawang putih (hiris nipis)
  • 1/2 inci halia (hiris nipis)
  • 1 kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang

Cara membuat

  1. Tumis bahan penumis termasuk bawang & halia sehingga wangi, masukkan tepung gandum dan digoreng dengan api perlahan supaya tepung masak.
  2. Masukkan ayam, kentang, karot dan bawang besar (kacau rata), masukkan sedikit air, kicap, garam, lada hitam & serbuk perasa akhir sekali masukkan cendawan butang.
  3. Sesuaikan rasa dan kepekatan, kemudian tabur daun sup & bawang goreng sebagai hiasan hidangan.

 

Resepi Stew Ayam & Roti Bawang Putih
Stew Ayam & Garlic Bread

Roti Bawang (Garlic Bread)

  • Guna roti yang sesuai dengan selera
  • 1/2 buku mentega tanpa garam (unsalted butter)
  • 5-6 biji bawang putih (cincang ikut kesesuaian)
  • Sedikit parsley (cincang halus)

Cara buat roti bawang

  • Campurkan bahan semua & gaul mesra
  • Sapu atas roti
  • Bakar (samada oven, pembakar roti atau kuali biasa)
  • Sedia untuk dihidangkan.

Selamat mencuba.

Resepi asal – KYDMM Tuanku Permaisuri Agong

Nasi Arab Paling Mudah. Lagi Sedap Dari Kedai!

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker