Isteri, teman wanita pemain bola sepak England patuh syarat berpakaian

Doha: Qatar dikenali dengan undang-undang ketat terhadap cara berpakaian bagi wanita di negara itu dan sekalipun tuan rumah Piala Dunia 2022 syarat berkenaan tidak berubah kepada mana-mana individu.

Ia termasuk golongan yang sering mendapat perhatian iaitu isteri dan teman wanita (wags) skuad bola sepak kebangsaan England terutama di mana-mana kejohanan besar.

Justeru timbul laporan bahawa mereka dinasihatkan untuk tidak mengenakan skirt mini dan baju singkat mencolok mata apabila memberi sokongan kepada teman lelaki atau suami mereka di Qatar.



Selain syarat mengenai pemakaian, mereka juga diingatkan menjaga kelakuan di tempat awam.

Laporan Daily Mail menyatakan teman wanita, Luke Shaw, Marcus Rashford dan John Stones mendapat nasihat khas daripada stylist peribadi mereka, Connie Jones mengenai cara berpakaian di Qatar.

Penampilan wags England di kejohanan utama sering kali mendapat perhatian malah mencetus sensasi.

Perdebatan mengenai kehadiran dan kehidupan sosial mereka yang menjadi perhatian media malah cukup sinonim dengan kontroversi membabitkan skuad Three Lions.



Difahamkan sebahagian daripada wags memilih untuk menghabiskan masa di dalam kapal mewah di Qatar daripada berdepan cuaca panas dan berhadapan syarat ketat pemakaian di negara itu.

Agensi

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button