Kane akan jalani ujian imbasan

LONDON: Kapten England, Harry Kane akan menjalani ujian imbasan di pergelangan kaki kanan sebelum aksi Piala Dunia Kumpulam B Jumaat ini menentang Amerika Syarikat lapor media British hari ini.

Penyerang itu diterjah Morteza Pouraliganji pada minit ke-48 perlawanan pembukaan England Isnin lalu berdepan Iran yang dimenangi mereka 6-2.

Kane digantikan Callum Wilson pada minit ke-75.

Kane, yang pernah mengalami masalah pergelangan kaki sebelum ini, selepas itu dilihat mengalami kesakitan dan kemudian memakai pembalut.



Dia akan menjalani ujian imbasan esok untuk melihat sama ada berlaku kerosakan pada bahagian yang cedera.

Kane sudah menjaringkan 51 gol dalam 76 penampilan antarabangsa dan hanya memerlukan dua lagi gol untuk menyamai rekod Wayne Rooney buat England.

Dia adalah pemenang Kasut Emas ketika England mara ke separuh akhir di Russia empat tahun lalu tetapi tidak menemui sasarah ketika berdepan Iran.

REUTERS



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker