PH Dan PN Gagal Tubuh Kerajaan, Mengapa BN Yang Di Persalahkan?
PH Dan PN Gagal Tubuh Kerajaan, Mengapa BN Yang Di Persalahkan?
Ekoran dari tidak ada mana-mana parti politik atau gabungan parti politik yang berjaya melepasi majoriti mudah, maka hingga hari ini tidak ada kerajaan dapat ditubuhkan.
Negara sedang berhadapan dengan krisis politik yang paling besar dan tidak pernah berlaku di dalam sejarah negara.
Namun, itulah pilihan rakyat dan bahu rakyatlah yang bakal memikul segala masalahnya apabila hidup di dalam negara yang tidak mempunyai kerajaan yang sah.
Malah, penulis menjangkakan, seandainya dapat diwujudkan kerjasama antara parti politik atau gabungan parti politik, keadaan politik masih lagi tidak akan stabil.
Apa yang pernah kita alami selama 4 tahun setengah sejak 2018, hampir pasti akan berulang kembali dalam jangkamasa 5 tahun yang akan datang.
Setiap hari pemimpin politik tidak dapat menumpukan usaha untuk membangunkan ekonomi dan negara.
Kebimbangan parti di dalam gabungan yang bakal diwujudkan menarik diri akan sentiasa menghantui mereka.
Sekali lagi penulis ingin menekankan, rakyat tidak perlu keluh kesah kerana inilah pilihan rakyat.
Perkembangan terkini dalam krisis politik negara menarik perhatian penulis.
2 gabungan parti yang mempunyai ahli parlimen yang paling ramai, PH dan PN gagal bermuafakat untuk membentuk kerajaan.
Sekiranya digabungkan jumlah ahli parlimen kedua-dua parti gabungan tersebut, mereka mempunyai lebih dari 150 ahli parlimen.
Bukan sahaja mampu membentuk kerajaan yang stabil, tetapi juga sudah melepasi jumlah 2/3 majoriti ahli parlimen.
Setiap pindaan dan penggubalan perlembagaan dapat dilakukan tanpa sebarang masalah atau bimbang ianya tidak diluluskan.
Tetapi kerana keegoan masing-masing, kerjasama antara 2 gabungan parti politik ini tidak dapat direalisasikan.
Maka kedua-duanya berebut untuk mendapatkan sokongan dari ahli parlimen BN untuk mendapatkan majoriti mudah.
Sindrom Salah BN Masih Lagi Menebal
Namun, apabila ahli parlimen BN berbelah bahagi untuk memberikan sokongan, maka dengan pantas, BN pula dipersalahkan.
Tidak sedar dirilah, sudah kalah masih besar kepalalah dan bermacam-macam tohmahan lagi.
Persoalannya, mengapa BN dipersalahkan?
Yang gagal mencapai kata sepakat untuk membentuk kerajaan adalah parti PH dan PN, tapi yang bersalah adalah BN!!!
Cukup-cukuplah berpolitik, ketepikan ego masing-masing dan bentuk kerajaan yang mantap.
BN menerima kekalahan dengan berlapang dada dan sudah bersedia untuk menjadi kuasa semak dan imbang kerajaan sebagai pembangkang.
PH Dan PN Gagal Tubuh Kerajaan, Mengapa BN Yang Di Persalahkan?
Di Syorkan Untuk Anda:
- No Anwar No DAP Di Jadikan Modal, Mana Perginya No PPBM?
- Team Zahid Atau Team Hishamuddin Yang Mahu Membunuh UMNO?
- Onn Hafiz Desak Zahid Letak Jawatan, Adakah BN Johor Menang Besar?