Chelsea pecat Potter, Nagelsmann calon pengganti

LONDON: Graham Potter menerima padah di atas prestasi buruk Chelsea kendaliannya – dipecat selepas hanya tujuh bulan mengambil alih tugas itu.

The Blues tergelincir ke tangga ke-11 Liga Perdana Inggeris selepas kekalahan 2-0 di tangan Aston Villa pada Sabtu.

Bekas pertahanan Brighton, Bruno Saltor dilantik sebagai pengendali sementara Chelsea.

Chelsea hanya menang tiga kali dalam 11 perlawanan terakhir mereka tetapi berjaya mara ke suku akhir Liga Juara-Juara Eropah berdepan juara bertahan, Real Madrid.
“Kami menghormati Graham sebagai jurulatih dan individu. Dia mempunyai integriti dan sikap profesional yang tinggi, kami amat kecewa dengan situasi ini.

“Kami masih mempunyai baki 10 perlawanan Liga Perdana Inggeris dan suku akhir Liga Juara-Juara Eropah. Kami akan berusaha memenangi setiap perlawanan itu dan menamatkan musim dengan berjaya,” kata pemilik bersama, Todd Boehly dan Behdad Eghbali.

Gelaran ketiga Kejuaraan Eropah satu-satunya peluang buat Chelsea untuk kembali bersaing di Liga Juara-Juara Eropah musim depan selepas ketinggalan 12 mata di belakang kelompok empat teratas Liga Perdana Inggeris.

Potter adalah pengendali kedua dipecat konsortium yang diketuai pemilik bersama LA Dodgers, Boehly serta Clearlake Capital dalam musim pertama mereka bersama kelab itu.

Thomas Tuchel, yang dilantik sebagai bos baharu Bayern Munich minggu lalu, dipecat pada September, hanya setahun selepas membawa Chelsea menjuarai Liga Juara-Juara Eropah.

Bekas pengendali Bayern, Julian Nagelsmann antara calon yang mampu menggantikan Potter, namun dia juga dikaitkan sebagai pengganti Antonio Conte di Tottenham.

AGENSI

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker