Surat ‘Sulit’ BN tersebar, siapa bocorkan?



 

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal


Surat 'Sulit' BN tersebar, siapa bocorkan?

Sepucuk surat BN bertanda ‘Sulit’ sudah mula tersebar dalam aplikasi whatsapp dan media sosial.

Mengikut kandungan surat ‘Sulit’ tersebut, BN memberi sokongan kepada Anwar Ibrahim untuk dilantik sebagai Perdana Menteri Ke-10.

Bagaimanapun, tiada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan pihak BN bagi mengesahkan kesahihan surat ‘Sulit’ berkenaan.



Apa yang menjadi persoalan, bagaimana surat bertanda ‘Sulit’ begitu mudah terdedah untuk tatapan umum?

Adakah ada ‘tangan ghaib’ di Pejabat BN yang sengaja membocorkan kandungan surat berkenaan?

Atau, memang berlaku sabotaj dalaman di Pejabat Barisan Nasional atas arahan individu tertentu?

Ibu Pejabat BN perlu menjawap bagaimana surat ‘Sulit’ berkenaan boleh dibocorkan dan disebarkan kepada umum dengan mudah.





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker