Angkara khianat, hampir 40 rentung kebakaran kilang di China

Angkara khianat, hampir 40 rentung kebakaran kilang di China

Angkara khianat, hampir 40 rentung kebakaran kilang di China

BEIJING: Sekurang-kurangnya 38 orang maut dan dua lagi cedera dalam kebakaran besar di sebuah kilang di bandar Anyang di wilayah Henan, tengah China.

Media tempatan CCTV melaporkan, kebakaran berlaku di kilang syarikat Kaixinda Trading Co Ltd milik swasta yang terletak di Daerah Wenfeng atau `Zon Teknologi Tinggi’ di bandar Anyang.

Berdasarkan laporan media tempatan, kebakaran bermula pada petang semalam dan pasukan bomba mengerahkan sebanyak 63 jentera ke tempat kejadian bagi memadamkan kebakaran.

Bagaimanapun, kebakaran itu berjaya dipadamkan sepenuhnya pada pukul 11 malam (waktu tempatan).

Menurut laporan CCTV, seramai 38 orang maut dan dua lagi dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan akibat cedera ringan.

Tambah laporan itu, dua orang lagi hilang dalam kejadian tersebut dan pasukan keselamatan giat melakukan operasi mencari serta menyelamat.

Dalam pada itu, kerajaan dalam satu kenyataan memaklumkan sekumpulan kaunselor psikologi berada di tempat kejadian untuk membantu memenangkan keluarga mangsa.

Pegawai tempatan berkata, pihak berkuasa berjaya menahan beberapa suspek berkaitan kejadian itu namun tidak mendedahkan butiran lanjut mengenainya.

Sementara itu, pegawai tempatan memaklumkan siasatan awal mendapati kebakaran tersebut disebabkan ‘kimpalan elektrik yang tidak mengikut piawaian ditetapkan’ dan ‘seperti disengajakan’.

Berdasarkan penyedia data Tianyancha, Anyang Kaixinda Trading Co merupakan perniagaan borong mengendalikan mesin, bahan binaan, bahan kimia tidak berbahaya, pakaian dan peralatan memadam kebakaran. – REUTERS/AFP

Ibu Pejabat Umno sahkan surat ‘Sulit’ palsu

Angkara khianat, hampir 40 rentung kebakaran kilang di China

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Ibu Pejabat Umno sahkan surat ‘Sulit’ palsu

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker