Apa Lagi, Haa Tepokkk

@acik.mantera

♬ original sound – aCik.manTera – aCik.manTera

Apa Lagi, Haa Tepokkk

Jangan terkejut jika penulis beritahu, pemimpin yang paling popular di kalangan pengundi menjelang pilihanraya di 6 negeri adalah Muhyiddin Yasin.

Sebagai dalil, cuba tenguk dalam Youtube atau Tiktok atau Facebook.

Setiap ceramah politik yang Muhyiddin hadir, pasti puluhan ribu atau buat kata Shahidan Kassim, ratusan ribu rakyat hadir.

Dari mana dan bagaimana mereka hadir, itu persoalan nombor sepuloh.

Sama ada mereka hadir kerana disediakan pakej melancung berserta dengan sampul surat, bukan persoalannya.

Ada juga yang kata, pelancungan mereka itu mengikut pakej yang mereka pilih sendiri.

Kalau hanya memakai kemeja T Perikatan Nasional, lain sampul suratnya.

Dan kalau pakai kemeja T Perikatan Nasional dan sanggup pula bawa bendera, lain pula sampul suratnya.

Apa Lagi, Haa Tepokkk

Populariti Muhyiddin tidak perlu dipersoalkan lagi.

Dalilnya ada dalam video klip di atas.

Muhyiddin sangat disayangi, dihormati dan ditaati oleh penyokong setia beliau yang sudah mendapat sampul surat.

Muhyiddin suruh duduk, mereka duduk, Muhyiddin suruh berdiri, mereka berdiri dan paling win, Muhyiddin suruh tepuk, mereka tepuk dengan bersemangat…😝😝😝

Ini semua bukan apa, penyokong Muhyiddin yakin, setiap patah perkataan yang keluar dari mulut Muhyiddin adalah benar.

Tidak ada yang benar, melainkan benar belaka.

Tidak perlu Muhyiddin berikan bukti, apa lagi bersumpah laknat seperti DS Najib atau DS Zahid.

Apa lagi, tepokkk lah…🤗🤗🤗

 

Apa Lagi, Haa Tepokkk

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker