Indonesia tetapkan kos haji 56 juta rupiah seorang

Indonesia tetapkan kos haji 56 juta rupiah seorang

Indonesia tetapkan kos haji 56 juta rupiah seorang
Foto hiasan AFP

Jakarta: Kos menunaikan ibadah haji bagi setiap jemaah Indonesia ditetapkan sebanyak 56 juta rupiah (RM16,940) pada tahun depan berbanding 49.8 juta rupiah pada 2023.

Bakal jemaah hanya perlu membayar 60 peratus daripada kos sebenar yang berjumlah 93.4 juta rupiah (RM28,271) manakala bakinya ditanggung daripada dana diurus Badan Pengurusan Kewangan Haji.

Perkara itu ditetapkan dalam mesyuarat antara Suruhanjaya VIII Dewan Perwakilan Rakyat dan Kementerian Agama diketuai menterinya Yaqut Cholil Quomas pada Isnin.

Yaqut menjelaskan kos haji dipengaruhi nilai pertukaran matawang Rupiah berbanding dolar Amerika Syarikat dan riyal Arab Saudi terhadap pembayaran pengangkutan, hotel, penerbangan, visa, insuran dan wang saku.

Jumlah jemaah haji Indonesia tahun depan meningkat kepada 241,000 orang berbanding 221,000 orang pada 2023.

Indonesia tetapkan kos haji 56 juta rupiah seorang

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Muhyiddin bakal jadi Presiden ‘Geng Takut Bini’?

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker