Bekas hartawan jual sosej panggang tepi jalan mahu langsai hutang RM29 juta

Bekas hartawan jual sosej panggang tepi jalan mahu langsai hutang RM29 juta

Bekas hartawan jual sosej panggang tepi jalan mahu langsai hutang RM29 juta

ZHEJIANG: Seorang hartawan China yang sudah diisytiharkan bankrap membuat pendedahan bahawa dia merancang untuk melangsaikan hutangnya yang berjumlah 46 juta yuan (RM29.4 juta) dengan menjual sosej panggang di gerai tepi jalan.

Sebelum ini, Tang Jian iaitu seorang pemilik restoran di Hangzhou dikategorikan sebagai seorang daripada ahli perniagaan paling berjaya di wilayah Zhejiang.



Ketika berusia 36 tahun, dia sudah memiliki banyak rangkaian restoran dan nilai kekayaan yang tingggi.

Namun, pada 2005, Jian memutuskan untuk membuat pelaburan yang akhirnya menyebabkan dia diisytiharkan bankrap.

Kini, lelaki berusia 52 tahun itu perlu bekerja keras untuk melunaskan semua hutangnya.

Biarpun sudah pelbagai cara dilakukan oleh lelaki itu untuk melangsaikan hutangnya, Jian masih menemukan kebuntuan.



Antara langkah yang diambilnya termasuk menjual semua rangkaian restoran miliknya, kereta dan kediaman.

Selepas berfikir panjang, Jian akhirnya membuat keputusan untuk menjual sosej panggang seperti yang dilakukannya sebelum bergelar hartawan.

Kisah Jian mendapat perhatian pelbagai pihak dan gerai sosejnya menjadi tular, sekali gus memberi gambaran lelaki itu mampu menyelesaikan kesemua hutangnya.

Dua remaja ditahan polis kes curi sosej, isi ketam milik jiran



 

Bekas hartawan jual sosej panggang tepi jalan mahu langsai hutang RM29 juta

 

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Ibu Pejabat Umno sahkan surat ‘Sulit’ palsu

 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button