Dapat isteri BTS army, suami reda ‘merchandise’ K-pop penuh bilik tidur [VIDEO]

Tapi mengadu foto kahwin hanya belakang TV!

Dapat isteri BTS army, suami reda ‘merchandise’ K-pop penuh bilik tidur [VIDEO]

Dapat isteri BTS army, suami reda ‘merchandise’ K-pop penuh bilik tidur
Seorang lelaki menunjukkan barangan dikumpul isteri yang meminatik kumpulan artis Korea.

SUDAH menjadi kebiasaan bagi peminat fanatik K-pop untuk mengumpul barangan cenderamata atau merchandise idol kesayangan mereka.

Koleksi peribadi ini biasanya menelan kos yang tinggi selain mengambil masa yang lama.

Namun perkara itu tidak menjadi satu masalah bagi para peminat yang fanatik terhadap artis Korea Selatan.



Adakalanya minat mereka ini dibawa sehingga ke alam perkahwinan!

Perkara sama berlaku terhadap lelaki ini apabila dia mendirikan rumah tangga dengan salah seorang peminat K-pop yang mengumpul pelbagai koleksi cenderamata.

Ujar pengguna TikTok dengan nama @syznld, isterinya menyusun semua koleksi cenderamata kumpulan BTS di rak khas yang terletak di dalam bilik tidur mereka.



“Untuk anda yang plan nak kahwin, anda kena pastikan girlfriend tak minat dengan K-pop.

“Kalau dia masih minat lepas kahwin, jadi macam bilik kami ni.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


“Nah kau! Macam-macam gambar Korean mana dia letak ni,” katanya menerusi video room tour yang dikongsikan di TikTok.

 

Dapat isteri BTS army, suami reda ‘merchandise’ K-pop penuh bilik tidur
Antara koleksi cenderamata K-pop milik isterinya.

Dalam video tersebut, lelaki ini menunjukkan keadaan pelbagai jenis cenderamata termasuk lukisan foto anggota BTS yang disusun rapi di atas rak.

Namun apa yang lebih mencuri tumpuan ialah luahan lelaki ini tentang kedudukan foto perkahwinan dia dan isteri.

“Lepas tu kau tengok gambar kahwin kami dekat mana… belakang TV bang! Tak nampak pun album kami.

Dia minat sahaja, kahwin tetap dengan encik juga… jadi enciklah ‘win’.

NETIZEN

“Ni (Merchandise) kalau masuk bilik terus nampak.

“Besar muka dia tu. Siapa nama dia… Jung Kook? Aku tak tahulah,” katanya lagi.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


Sementara itu menerusi video lain yang dikongsikan, lelaki berkenaan juga dilihat ‘berani’ untuk mengusik isterinya dengan cuba mengalihkan beberapa koleksi yang disusun rapi.

Dapat isteri BTS army, suami reda ‘merchandise’ K-pop penuh bilik tidur
Lelaki ini menunjukkan koleksi foto perkahwinan mereka yang hanya diletakkan di belakang TV.

“Okey jom kita kacau sikit tengok apa jadi.

“Nanti kalau dia marah… kalau aku tak buat video dah faham-faham je la,” katanya sambil mengalihkan kedudukan beberapa koleksi dengan memakai sarung tangan.

Menjengah di ruangan komen video tersebut, ramai yang terhibur malah menyatakan bahawa lelaki ini seorang suami bertuah kerana ‘dipilih’ oleh isterinya.

Dapat isteri BTS army, suami reda ‘merchandise’ K-pop penuh bilik tidur
Antara komen netizen di TikTok.

 

“Tu kawasan larangan bang. Tengok boleh sentuh jangan takut nanti tidur luar.

“Dia minat sahaja. Kahwin tetap dengan encik juga. Jadi enciklah ‘win’.

“Abang kena faham… abang lelaki ke lapan yang dia suka. Jadi tempat abang dekat belakang TV saja,” ujar netizen di TikTok.

 

Yassin Yahya – Idea Buat ‘Merchandise’ Senario Pernah Ditolak

 

Dapat isteri BTS army, suami reda ‘merchandise’ K-pop penuh bilik tidur

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Ibu Pejabat Umno sahkan surat ‘Sulit’ palsu

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker