Penghuni pusat jagaan didakwa bunuh penghuni lain

Penghuni pusat jagaan didakwa bunuh penghuni lain

Penghuni pusat jagaan didakwa bunuh penghuni lain
Tertuduh, Lai Mun Kong dibawa ke Mahkamah Majistret hari ini atas dakwaan membunuh seorang penghuni lain pusat jagaan minggu lalu.- Foto NSTP/Muhammad Zulsyamini Sufian Suri

IPOH: Penghuni sebuah pusat jagaan dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, hari ini atas dakwaan membunuh seorang penghuni lain pusat jagaan itu, minggu lalu.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh, Lai Mun Kong, 50, sejurus pertuduhan dibacakan dalam Bahasa Melayu oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Jesseca Daimis.

Berdasarkan kertas pertuduhan, lelaki itu dituduh membunuh dengan menyebabkan kematian Lim Han Tong, 42, iaitu penghuni lelaki lain pusat itu di Blok A, Pusat Jagaan Maju Jaya di Batu 9½, Jalan Jelapang-Chemor, Chemor, di sini antara jam 6 pagi hingga 6.50 pagi 24 Ogos lalu.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang jika sabit kesalahan memperuntukkan hukuman mati.

Tiada jaminan ditawarkan dan mahkamah menetapkan 29 September depan sebagai tarikh sebutan semula kes sementara menunggu laporan kimia.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker