GPS sertai kerajaan perpaduan

KUCHING: Gabungan Parti Sarawak (GPS) mengumumkan menyertai kerajaan perpaduan di bawah pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pengerusinya, Tan Sri Abang Johari Abang Openg, berkata gabungan itu juga tidak meletakkan sebarang syarat untuk menyertai kerajaan perpaduan.

Beliau berkata GPS menerimanya kerana patuh kepada titah dan nasihat Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah agar bersama membentuk kerajaan yang kukuh dan stabil.

“Ya kami akur (dengan nasihat Agong), maksudnya kami (GPS) menyertai kerajaan perpaduan.



“Kita taat kepada raja berpelembagaan dan dalam Rukun Negara jelas menuntut kita taat kepada raja, walaupun kita di Sarawak tidak ada raja,” katanya.

GPS mempunyai 23 Ahli Parlimen.

BHOnline

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker