Kemunculan Fikry Ibrahim Di Kawasan Istana Negara Curi Tumpuan [VIDEO]

“Dia Pun Berkampung Kat Situ”

Kemunculan Fikry Ibrahim Di Kawasan Istana Negara Curi Tumpuan [VIDEO]

Isu politik negara sememangnya menjadi tumpuan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 Sabtu lalu.

Dalam pada kesibukan para media membuat liputan di kawasan Istana Negara, pelakon Fikry Ibrahim juga turun padang untuk mengetahui perkembangan.

Muncul Dalam ‘Live’ Astro AWANI

Fikry dilihat berjalan di sana (kawasan Istana Negara) ketika Astro Awani bersiaran secara langsung dan ianya sempat dirakam netizen.



Fikry kemudiannya berkongsi potongan video daripada netizen itu sambil berseloroh mengatakan dia ke sana untuk menghantar SD.

Bagaimanapun, SD yang dimaksudkan adalah Secure Digital, bukanlah akuan bersumpah.

Netizen Turut Berseloroh

Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen berasa terhibur dengan perkongsian dan jenaka Fikry itu. Malah ada juga yang membalas seloroh dengan mengatakan Fikry bakal menjadi Perdana Menter Malaysia yang ke-10.

Macam-macam kerenah netizen. Apapun, kita doakan yang terbaik untuk pentadbiran dan kemakmuran negara kita.



Fikry Ibrahim sering dapat gangguan seksual lisan

Kemunculan Fikry Ibrahim Di Kawasan Istana Negara Curi Tumpuan [VIDEO]

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Ibu Pejabat Umno sahkan surat ‘Sulit’ palsu



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button