Biden lancar pelan selamatkan Amerika bernilai US$1.9 trilion


US President-elect Joe Biden

15/01/2021 11:59 AM

WASHINGTON, 15 Jan — Pasukan peralihan bakal Presiden Joe Biden akan melancarkan rancangan US$1.9 trilion untuk menghidupkan semula ekonomi Amerika Syarikat (AS) dan memerangi COVID-19, lapor Agensi Berita Sputnik.

“Rancangan Menyelamat Amerika bernilai US$1.9 trilion Biden satu cita-cita tinggi, tetapi boleh dicapai, dan akan menyelamatkan ekonomi Amerika dan mula memerangi virus.



“Kongres perlu bertindak cepat untuk membantu keluarga pekerja, masyarakat, dan syarikat kecil bertahan menghadapi pandemik ini,” memetik kenyataan dikeluarkan pasukan peralihan itu pada Khamis.

Rancangan Biden meminta Kongres meluluskan US$400 juta untuk memerangi COVID-19 supaya dapat menubuhkan pusat vaksinasi masyarakat di seluruh AS dan meningkatkan pengujian dan pengesanan, kata kenyataan tersebut. Pelan ini juga mencadangkan pemberian rangsangan pembayaran kepada individu yang layak sebanyak US$1,400.

Di samping itu, ia juga bertujuan menyediakan US$130 bilion untuk pembukaan semula sekolah-sekolah dalam 100 hari pentadbiran presiden Biden, kata kenyataan itu.

Rancangan Biden juga meminta Kongres meluluskan US$9 bilion untuk meningkatkan infrastruktur teknologi maklumat dan menangani pelanggaran sistem data kerajaan persekutuan baru-baru ini.



— BERNAMA

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker