Farid Kamil Kongsi Momen Bercuti Di Bali, Netizen Puji! [VIDEO]

Farid Kamil Kongsi Momen Bercuti Di Bali, Netizen Puji! [VIDEO]

Pelakon, Farid Kamil mencuri perhatian ramai dalam kalangan netizen selepas berkongsi momen percutian bersama isterinya yang juga pelakon, Diana Danielle serta kedua-dua anak mereka, Muhammad dan Nur Aurora, baru-baru ini.

Farid Kamil atau nama penuhnya Farid Kamil Zahari dilihat sedang menikmati suasana matahari terbenam di salah sebuah pantai yang terletak di Bali, Indonesia bersama keluarga. Menerusi kapsyen ringkas, difahamkan keluarga ini sedang menjalani penggambaran rancangan yang berkonsepkan drama realiti pasangan selebriti terkenal di Malaysia, iaitu Romantika.



“Sunset…Pasti kita kembali. #romantikaastro.”-kapsyen Farid Kamil di Instagram

View this post on Instagram

A post shared by Farid Kamil (@faridkamilz)



“Comel Je Muka Anak Last Video Tu..”

Perkongsian Farid dibanjiri dengan komen netizen yang meluahkan rasa terharu melihat kebahagiaan keluarga bahagia ini biarpun pernah berdepan dengan kemelut rumah tangga pada tahun lalu.

“The way Aurora dan Muhammad tengok parents  dia berkasih sayang . So cute.”

“Hahaha comel je muka anak last video tu.”



“Happy for you guys.”

“Love terox. Semoga bahagia hingga syurgawi Allah SWT.”

“Kemain bersemut eh.”

“Oloo part last tu so cutee bersaksikan dua cinta hati mereka. MasyaAllah love sangat kak DD dan abang Farid sekarang.”



Farid Kamil Kongsi Momen Bercuti Di Bali, Netizen Puji! [VIDEO]

Sekadar info, Diana Danielle dan Farid Kamil mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad dan Nur Aurora.

Walaubagaimanapun, ujian menimpa pasangan ini apabila membuat keputusan untuk berpisah pada Ogos 2023 selepas 11 tahun mendirikan rumah tangga.

Memperbaiki diri serta mencari jalan yang terbaik untuk rumah tangga mereka, pasangan ini kembali rujuk semula sebagai suami isteri selepas sebulan bercerai.



Farid Kamil Kongsi Momen Bercuti Di Bali, Netizen Puji! [VIDEO]


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Tuan Ibrahim Akui RUU 355 & Hudud Hanya Alat Kempen Bagi PAS




Related Articles

Leave a Reply

Back to top button