Koulibaly cabar pemain muda Senegal bangkit



Doha: Kapten Senegal, Kalidou Koulibaly mencabar rakan sepasukannya untuk mempamerkan kebangkitan bagi perlawanan berdepan tuan rumah Piala Dunia, Qatar tatkala juara Afrika itu mengintai kemenangan untuk menghidupkan peluang mereka.

Koulibaly percaya Senegal mampu bangkit ke pusingan berikutnya sekalipun memulakan kempen Kumpulan A dengan kekalahan 2-0 kepada Belanda pada Isnin.

“Kami masih mempunyai peluang kerana kami tahun masih ada sesuatu yang kami boleh dicapai pada Piala Dunia kali ini.” katanya,

“Barisan pemain muda kami perlu mempamerkan kemampuan mereka bagi dua perlawanan seterusnya. Mereka perlu berada pada prestasi terbaik untuk bersedia memberi sumbangan besar yang diperlukan menentang Qatar.”



Juara dua kali kejohanan utama itu akan beraksi di Stadium Al Thumama dengan kedua-dua pasukan tewas pada perlawanan pembukaan mereka.

Qatar tewas 2-0 kepada Ecuador pada aksi pembukaan kejohanan dan Koulibaly berkata adalah amat merugikan buat mereka apabila tewas selepas membenarkan lawan memperoleh jaringan di minit akhir perlawanan.

“Kami sepatutnya seri menentang pasukan Belanda.” katanya.

Reuters





Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker