Majlis Raja Raja Melayu Akan Bersidang Hari Ini



Majlis Raja Raja Melayu Akan Bersidang Hari Ini

Majlis Raja Raja Melayu Akan Bersidang Hari Ini

Krisis politik di Malaysia masih lagi belum mendapat penyelesaian.

Masuk hari ini sudah 5 hari PRU 15 berlalu.

Namun sebuah kerajaan yang mantap masih belum dapat ditubuhkan akibat tidak ada satu parti pun memiliki majoriti mudah.



Cadangan SPB YDP Agong supaya PH dan PN bergabung untuk membentuk kerajaan yang mantap telah ditolak mentah-mentah oleh pengerusi PN, Muhyiddin Yasin.

Muhyiddin lebih rela bercakap mengenai prinsip parti dari memikirkan tentang kemashlatan rakyat dan negara.

Namun tidak ada apa yang perlu rakyat Malaysia kesalkan.

Kerana rakyatlah yang telah memberikan semula mandat kepada pemimpin seperti Muhyiddin dan parti yang dipimpinnya.



Maka sekali lagi, institusi Raja Raja Melayu diheret untuk menyelesaikan ego ahli politik.

The Star melaporkan, Majlis Raja Raja Melayu akan dipanggil untuk mengadakan persidangan khas untuk membincangkan krisis politik yang sedang dialami.

Baca di sini:

https://www.thestar.com.my/news/nation/2022/11/23/breaking-king-to-hold-special-meeting-with-fellow-rulers-at-istana-negara-on-nov-24



Persidangan itu dijangka akan diadakan pada jam 10:30 pagi hari ini dan dijangka akan mengambil masa hingga 3 jam.

Ini bukanlah mesyuarat biasa.

Tetapi ianya akan membincangkan masalah yang sangat kritikal kerana sehingga ke hari ini negara masih lagi belum mempunyai kerajaan.

Rakyat Malaysia perlu menunggu dengan sabar tanpa keluh kesah.



Pasti akan ada banyak lagi sandiwara ahli politik dapat kita saksikan dalam tempoh 5 tahun mendatang.

Bersedialah dengan cabaran yang lebih besar di masa yang akan datang kerana tangan kita yang mencincang, maka tiba masa untuk bahu kita memikulnya.

 

Majlis Raja Raja Melayu Akan Bersidang Hari Ini

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker