3 premis barang kitar semula diarah tutup

3 premis barang kitar semula diarah tutup

3 premis barang kitar semula diarah tutup
Operasi bersepadu terhadap tiga premis barangan kitar semula di kawasan Kempas Banjaran, Johor Bahru. – Foto ihsan MBJB

JOHOR BAHRU: Tiga premis perniagaan barangan kitar semula di kawasan Kempas Banjaran, di sini, ditutup kerana tidak memiliki lesen dan menjalankan pembinaan struktur tanpa permit.
READ MORE

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Datuk Mohd Noorazam Osman, berkata ia hasil operasi bersepadu dilaksanakan bersama pihak Pejabat Tanah dan Daerah Johor Bahru serta SWCorp Daerah Johor Bahru.

“Ketiga-tiga premis itu dipercayai beroperasi sejak 2016. Ia diarahkan tutup mengikut Undang-Undang Kecil 49 (2) Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian MBJB 2016, selain satu notis bawah Seksyen 70 (1) Akta Jalan, Parit dan Bangunan dikeluarkan kepada pemilik kerana mendirikan binaan tanpa kelulusan MBJB.



“SWCorp juga dalam tindakan penyediaan kertas siasatan bagi tujuan pendakwaan ke atas pemilik tanah yang menjadikan kawasan mereka tempat pengumpulan barang kitar semula serta tempat pembuangan sampah haram di kawasan MBJB,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Mohd Noorazam berkata, pihak Pejabat Tanah Daerah Johor Bahru juga akan melaksanakan penguatkuasaan terhadap pemilik yang menyalahgunakan tanah mereka.

3 premis barang kitar semula diarah tutup


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Apa syarat Mahathir muncul atas pentas PAS?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker