Pemain Arab Saudi dilapor terima hadiah Rolls Royces Phantom

LONDON: Pemain Arab Saudi dilaporkan akan menerima sebuah Rolls Royces Phantom setiap seorang selepas kejayaan mengejutkan Argentina 2-1 pada Piala Dunia 2022 di Qatar.

Menerusi kejayaan bersejarah pada Piala Dunia menentang skuad diketuai Leonel Messi, skuad Green Falcons jelas gembira.

Susulan kemenangan mengatasi skuad dari Amerika Selatan itu, Green Falcons kini memiliki tiga mata dan tempat pertama dalam kumpulan.

Sebagai tambahan, Arab Saudi mencipta sejarah menjadi pasukan Asia pertama menang menentang Argentina menerusi dua gol, menang perlawanan pembukaan Piala Dunia dan kali pertama menewaskan skuad La Albiceleste.



Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman Al Saud dikatakan memberikan setiap pemain sebuah Rolls Royce Phantom berikutan persembahan cemerlang menentang Argentina.

Pemberian mewah itu mendapat perhatian di Twitter.

Suhel Seth, seorang ahli perniagaan India, menjadi antara terawal memuat naik kenyataan di Twitter bahawa setia pemain Arab Saudi menerima sebuah Rolls Royce daripada Putera Salman.

Awab Alvi, pempengaruh media sosial terkenal yang juga seorang doktor gigi, mendakwa semua pemain Arab Saudi menerima Rolls Royce Phantom itu.



AGENSI

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker