Pemuda maut bertembung lori



Pemuda maut bertembung lori
KERETA dipandu mangsa terbabas sebelum bertembung dengan sebuah lori di Kilometer 21, Jalan Renggam-Simpang Renggam

KLUANG: Seorang penghantar barang maut selepas kereta dipandu terbabas sebelum bertembung dengan sebuah lori di Kilometer 21, Jalan Renggam-Simpang Renggam, di sini, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh, berkata mangsa dikenali sebagai Muhammad Nur Fitri Azlan, 23, maut serta-merta di lokasi kejadian akibat parah pada kepala, lutut sebelah kiri dan badan.

Beliau berkata, sebelum nahas jam 2.30 petang itu, mangsa dari Johor Bahru bagi membeli barangan motosikal.

“Hasil siasatan awal mendapati pemandu lori dari arah Renggam menghala ke Simpang Renggam manakala mangsa dari arah bertentangan.



“Setiba di tempat kejadian, mangsa dipercayai hilang kawalan dan memasuki laluan lori sebelum bertembung. Akibat pelanggaran, pemandu kereta cedera teruk dan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Pemandu lori berusia 48 tahun bagaimanapun terselamat,” katanya sambil menambah kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Katanya, mangsa turut mempunyai perniagaan kedai motosikal yang diusahakan bersama rakannya.

Dalam pada itu, Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II Norhisam Ihwan, berkata sebuah jentera FRT dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Renggam dengan kekuatan sembilan anggota dihantar ke tempat kejadian.



Katanya, setiba di tempat kejadian, pihaknya mendapati mangsa tersepit di tempat duduk pemandu.

“Pasukan keluaran operasi (PKO) menggunakan alatan bagi menyelamat namun mangsa disahkan meninggal dunia oleh kakitangan Kementerian Kesihatan (KKM) yang berada di lokasi.

“Mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi ditamatkan pada jam 6.19 petang,” katanya.

 

PGA tumpaskan sindiket penyeludupan rokok dan mercun

Pemuda maut bertembung lori


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Ibu Pejabat Umno sahkan surat ‘Sulit’ palsu

 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker