Takut Kepada DAP Menyebabkan MCA Dan MIC Bersikap Biadab

Takut Kepada DAP Menyebabkan MCA Dan MIC Bersikap Biadab

Takut Kepada DAP Menyebabkan MCA Dan MIC Bersikap Biadab

Desakan MCA dan MIC supaya Pengerusi Barisan Nasional, DS Zahid, meletak jawatan adalah satu perbuatan yang bukan sahaja tidak wajar, malah dianggap biadab.

Ekoran dari tindakan itu telah mencetuskan kemarahan keseluruhan 3.6 juta akar umbi dan pemimpin UMNO di seluruh negara.

Kalau pun ada segelintir pemimpin UMNO yang bersetuju dan bersekongkol dengan tindakan MCA dan MIC itu, ia hanyalah kelompok yang terlalu kecil.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Dr Asyraf Wajdi memberi amaran kepada MCA supaya jangan bermain dengan api.

Pengerusi BN Sabah yang juga merupakan ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Bung Mokhtar Radin pula mahu supaya MCA cermin diri sendiri sebelum membuat gesaan itu.

Baca di sini:

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2022/11/23/cermin-diri-dulu-bung-bidas-mca-gesa-zahid-berundur/

Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Jamal Yunos pula menyifatkan gesaan MCA itu sebagai biadab.

Malah beliau menggesa Pengerusi BN supaya mengeluarkan surat pemecatan terhadap Presiden MCA, Wee Kah Siong.

Baca di sini:

https://www.1media.my/2022/11/pemimpin-umno-selar-mca-biadab-gesa-wee.html

Pencapaian ‘Hebat’ MCA Dan MIC Dalam PRU

Takut Kepada DAP Menyebabkan MCA Dan MIC Bersikap Biadab

Bagi penulis ada asas yang sangat kukuh mengapa akar umbi dan pemimpin UMNO merasa marah dengan sikap biadab MCA itu.

Pertama, sikap MCA itu dilihat seperti menggigit kembali tangan yang selama ini banyak menolong mereka.

Berikut adalah pencapaian MCA dalam PRU sejak tahun 2008:

  • PRU 2008 : Jumlah calon parlimen = 37, menang = 15
  • PRU 2013 : Jumlah calon parlimen = 37, menang = 7
  • PRU 2018 : Jumlah calon parlimen = 37, menang = 1 (kemudian menang PRK Tg Piai)
  • PRU 2022 : Jumlah calon parlimen = 44, menang = 2

Untuk rekod kemenangan MCA pada PRU 2018, PRK Tg Piai dan PRU 2022 adalah di kawasan majoriti pengundi Melayu iaitu Ayer Hitam.

Selama ini faktor utama kemenangan MCA adalah kerana pertolongan dari UMNO dan pengundi UMNO.

Tanpa pertolongan UMNO dan pengundi UMNO, adalah mustahil MCA mampu untuk memenangi apa-apa kerusi parlimen dalam PRU 14 dan PRU 15.

Manakala MIC pula, sejak PRU 2018, kekal dulu dan kini dengan hanya mampu memenangi satu kerusi parlimen di Tapah.

Ini adalah fakta.

Yang Dulu, Kini Dan Selamanya Gagal Adalah MCA Dan MIC, Bukannya UMNO

 

Yang gagal dalam pilihanraya sebenarnya adalah MCA dan MIC dan bukannya UMNO.

UMNO telah berjaya mendapat kepercayaan dari pengundi Melayu terutamanya dari luar bandar dan Felda.

Sememangnya di situ adalah penempatan tradisi bagi masyarakat Melayu.

Malah UMNO memberi sumbangan besar kepada kemenangan calon dari MCA dan MIC.

Tetapi berjayakah MCA dan MIC memenangi hati pengundi di kawasan penempatan tradisi masyarakat mereka?

Majoriti pengundi India bermustautin di kawasan ‘estate’ dan ladang persendirian.

Berapa banyakkah kawasan ‘estate’ yang telah berjaya di tawan oleh MIC?

Bagi masyarakat Cina, kawasan penempatan tradisi meraka adalah di bandar?

Adakah MCA sudah berjaya menawan hati pengundi di bandar seperti Seputeh, Balakong, Kota Melaka dan sebagainya?

Mereka pernah menawannya tetapi kini sudah kehilangan kepercayaan di kawasan tersebut.

Masyarakat Cina lebih mempercayai DAP dari MCA, sudahkah mereka membuat kajian mengapa perkara ini berlaku?

Takut Dengan DAP Membuatkan MCA Dan MIC Bersikap Sangat Biadab

 

Sebenarnya MCA dan MIC takut ditelan DAP apabila BN membuat kerjasama politik dengan Pakatan Harapan.

Mereka sedar, mereka tidak akan mampu menyaingi DAP dalam merebut undi masyarakat bukan Melayu.

Tetapi mengapa perlu perkara ini dipandang dengan pandangan yang cukup negatif?

Mungkin kerana pemimpin MCA dan MIC sentiasa berfikiran negatif dan memandang dengan pandangan mata langau.

Apa yang dilihat di hadapan mereka hanyalah sampah yang menjijikkan tanpa menyedari mereka sendiri menyukai sampah.

Untuk survivor MCA dan MIC, ubahlah sikap.

Pandanglah dengan menggunakan mata lebah yang sentiasa mencari bunga.

Mengapa tidak memandang dari sudut positif?

Apabila sudah bersama dengan DAP dalam satu pakatan, bukankah mereka boleh mengkaji kegagalan strategi mereka berbanding dengan DAP?

Namun, sekiranya mereka merasa lebih selesa bersaing untuk menjadi ‘best among the worst (Gerakan)’, silakan.

Pintu BN sentiasa terbuka untuk mereka keluar, parti Makkal Sakti dan Parti Cinta Malaysia sedia menggantikan tempat mereka.

Parti benggali pun BN ada.

Jadi, jangan besar kepala sangatlah…

 

Takut Kepada DAP Menyebabkan MCA Dan MIC Bersikap Biadab

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker