Lima maut nahas lima kenderaan

Lima maut nahas lima kenderaan

SEGAMAT: Lima termasuk seorang kanak-kanak perempuan dan remaja lelaki maut dalam kemalangan membabitkan lori dan empat kereta di Kilometer 5, Jalan Segamat-Kuantan, petang ini.

Identiti semua mangsa setakat ini, belum dikenal pasti.

Pegawai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Bandar Putra Segamat, Penolong Kanan Penguasa Bomba (PKPgB) Mazuki Ismail, berkata nahas jam 6.30 petang membabitkan lima kenderaan iaitu lori pasir, Perodua Alza, HRV-Honda, Perodua Bezza dan Proton Wira.

Katanya, sepasukan 21 anggota dan pegawai dari BBP Segamat dan BBP Bandar Baru, Segamat dibantu satu jentera Fire Rescue Tender (FRT) serta satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan jam 6.33 petang.

Lima maut nahas lima kenderaan
Lima maut termasuk seorang kanak-kanak perempuan dan remaja lelaki dalam kemalangan membabitkan lori dan empat kereta di Kilometer 5, Jalan Segamat-Kuantan, petang ini. – NSTP/Ahmad Ismail

“Anggota bomba menggunakan peralatan khas memotong besi bagi mengeluarkan kelima-lima mangsa yang tersepit,” katanya ditemui di lokasi kejadian.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Gabenor Bank Negara tidak tahu matawang Denmark


Beliau berkata, mangsa yang maut dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Daerah Segamat (HDS) termasuk tiga yang cedera dihantar ke HDS untuk menerima rawatan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Segamat, Deputi Superintendan Ahmad Zamry Marinsah ketika dihubungi berkata pihaknya sedang menjalankan siasatan bagi mengetahui punca kemalangan.

“Kita sedang kenal pasti semua identiti mangsa dan punca kemalangan. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Lima maut nahas lima kenderaan
Lima maut termasuk seorang kanak-kanak perempuan dan remaja lelaki dalam kemalangan membabitkan lori dan empat kereta di Kilometer 5, Jalan Segamat-Kuantan, petang ini. – NSTP/Ahmad Ismail
Lima maut nahas lima kenderaan
Lima maut termasuk seorang kanak-kanak perempuan dan remaja lelaki dalam kemalangan membabitkan lori dan empat kereta di Kilometer 5, Jalan Segamat-Kuantan, petang ini. – NSTP/Ahmad Ismail

Lima maut nahas lima kenderaan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Apakah Ada Sinar Keadilan Untuk Najib Dengan Perlantikan Ahmad Terrirudin?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker