Yang Sulung Ada Bertanya Mengenai Keadaan Ibunya,” – Zainal Abidin

Yang Sulung Ada Bertanya Mengenai Keadaan Ibunya,” - Zainal Abidin

Yang Sulung Ada Bertanya Mengenai Keadaan Ibunya,” – Zainal Abidin

Bapa kepada pelakon Nad Zainal, Zainal Abidin, 63, memaklumkan kedua-dua cucunya iaitu Fahad Ibrahim, 6, dan Budi Kalsom, setahun, berada dalam keadaan baik.

Jelas Zainal, anak pertama Nad ada bertanya mengenai keadaan ibunya memandangkan dia turut berada di hospital awal hari ini.

“Yem dan Som memang rapat dengan saya. Yang kecil mungkin masih belum faham, cuma yang sulung ada bertanya mengenai apa yang berlaku kepada ibunya.

“Sebagai datuk, saya mengharapkan agar mereka faham,” katanya kepada MH ketika ditemui di KPJ Ampang Puteri, pada Rabu.

Dalam pada itu, Zainal turut merakamkan ucapan terima kasih dan terharunya apabila ramai pihak yang ikhlas menitipkan doa buat Nad.

“Saya percaya Nad juga memerlukan doa daripada kawan-kawan. Mereka (penggiat seni) semua datang berikan semangat kepadanya.

“Saya juga mengharapkan agar peminat dapat mendoakan yang baik-baik dan kesembuhan kepada anak saya.

“Terima kasih juga kepada peminat yang mengirimkan doa serta kata-kata yang baik. Malah saya dapat tahu ada juga kawan-kawannya yang mengadakan sesi bacaan Yasin hari ini, alhamdulillah,” katanya lagi.

Terdahulu, industri hiburan dikejutkan dengan perkongsian Ungku Ismail yang memaklumkan Nad berada dalam kritikal.

Pelakon drama Cina Buta itu terpaksa ditidurkan selama dua hari selepas dimasukkan ke ICU susulan mengalami paru-paru berdarah.

Semalam, Nad, 32, dilaporkan menerima rawatan di sebuah hospital swasta selepas dua hari mengalami masalah kesihatan yang dipercayai akibat simptom Long Covid.

Difahamkan, Nad pernah dijangkiti Co­vid-19 pada 13 Mac lalu, namun tidak mengalami sebarang gejala teruk.

Sementara itu, awal petang tadi rakan baik Nad yang juga pelakon Ungku Ismail memaklumkan Nad disyaki mengalami penyakit autoimun dan perlu diberikan pemantauan rapi sebagaimana dimaklumkan doktor.

“Bukan Kita Jumpa Agong ?” Azalina Kantoikan Rashid

Yang Sulung Ada Bertanya Mengenai Keadaan Ibunya,” – Zainal Abidin


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Ibu Pejabat Umno sahkan surat ‘Sulit’ palsu

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker