Amaran Flick buat pemain Jerman

DOHA: Pengendali Jerman, Hansi Flick memberi amaran tiada seorang pun pemain dalam kesebelasan utamanya selamat menjelang aksi penting menentang Sepanyol, hujung minggu ini selepas dikejutkan dengan kekalahan 2-1 di tangan Jepun.

Kekalahan di tangan Sepanyol hampir pasti menyaksikan Jerman tersingkir di peringkat kumpulan buat kali kedua berturut-turut – satu keputusan yang sukar diterima untuk negara yang berjaya mara sekurang-kurangnya hingga separuh akhir dalam setiap edisi Piala Dunia pada abad ini sebelum tahun 2018.

Flick berjanji skuad bimbingannya akan kembali bangkit pada pertemuan dengan Sepanyol yang membelasah Costa Rica 7-0, dengan jurulatih pasukan itu, Luis Enrique menegaskan akan tampil dengan corak permainan sama apabila bertemu Jerman.

Ditanya sama ada tempat Joshua Kimmich di bahagian pertahanan tengah sudah terjamin, Flick berkata keutamaannya ketika ini adalah untuk menyenaraikan kesebelasan utama terbaik.

“Anda perlu faham bahawa kami membincangkan setiap perkara di semua posisi. Kami melakukannya sebelum setiap perlawanan.

“Adalah menjadi tugas kami barisan kejurulatihan untuk mempersiapkan pasukan terbaik,” kata Flick.

Flick berdepan kritikan berhubung pemilihannya, terutama membabitkan keputusan menamakan pertahanan tengah Borussia Dortmund, Niklas Suele yang gagal mengawal Takuma Asano apabila pemain itu berjaya meledak gol kedua Jepun menerusi gerakan di sebelah kanan.

Bagaimanapun, Flick mengalihkan tumpuan dengan mengakui jentera serangannya gagal memanfaatkan peluang untuk menjaringkan gol.

“Apabila anda mempunyai dua atau tiga peluang terbaik, anda perlu memanfaatkannya. Kami kurang tajam,” katanya.

AFP

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker