Akhirnya Kerajaan Setuju Tubuh RCI Untuk Menyiasat Integriti & Kebebasan Badan Kehakiman

Akhirnya Kerajaan Setuju Tubuh RCI Untuk Menyiasat Integriti & Kebebasan Badan Kehakiman

Akhirnya Kerajaan Setuju Tubuh RCI Untuk Menyiasat Integriti & Kebebasan Badan Kehakiman

Kerajaan Perpaduan akhirnya bersetuju untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Di Raja (RCI) untuk menyiasat integriti & kebebasan badan kehakiman.

Baca di sini:

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/02/1066973/kerajaan-akan-tubuh-rci-teliti-isu-integriti-kebebasan-institusi

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Azalina Othman Said, berkata RCI itu akan ditubuhkan dalam masa terdekat.

Ianya akan ditubuhkan di bawah Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 (Akta 119).

RCI akan mengemukakan syor bagi menambah baik dan meningkatkan keyakinan masyarakat umum terhadap institusi perkhidmatan perundangan negara.

Ia juga akan meneliti dakwaan yang terkandung dalam buku ‘My Story: Justice in the Wilderness’, tulisan bekas Peguam Negara (AG), Tommy Thomas.

“Ia adalah demi memelihara dan menjaga nama baik jawatan Peguam Negara atau Pendakwa Raya dan institusi Jabatan Peguam Negara (AGC)”.

“Supaya adil, bebas dan profesional, termasuk keperluan untuk meminda Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan”.

“Kerajaan Perpaduan komited terhadap reformasi institusi”.

“Antara lainnya pengasingan fungsi Peguam Negara dan Pendakwa Raya untuk memastikan supaya pendakwaan adalah bebas daripada sebarang konflik kepentingan,” jelas beliau.

Akhirnya selepas badan kehakiman dilanda pelbagai isu yang menghakis keyakinan umum, kerajaan dilihat bersetuju mengambil tindakan tegas untuk memulihkannya.

Rakyat secara keseluruhan mesti menyokong usaha yang diambil kerajaan supaya kredibiliti badan kehakiman kembali dihormati.

Jangan lagi dibiarkan badan kehakiman yang menjadi satu antara tiga badan tunggak pentadbiran negara diperalatkan oleh kelompok elit tertentu.

 

Akhirnya Kerajaan Setuju Tubuh RCI Untuk Menyiasat Integriti & Kebebasan Badan Kehakiman

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker