Ibu Azadan Koma Hampir 3 Bulan, Reda Ujian Allah SWT

"Kakak Ipar Beritahu Mak Tiba-Tiba Henti Berzikir,"

Ibu Azadan Koma Hampir 3 Bulan, Reda Ujian Allah SWT

Ibu Azadan Koma Hampir 3 Bulan, Reda Ujian Allah SWT

Ketua kumpulan nasyid Rabbani, Azadan Abdul Aziz reda atas ujian menimpa keluarga apabila ibunya, Khadijah Abdul Jamal, 81, kini koma selama tiga bulan akibat pembuluh darah pecah di otak.

Mendapatkan rawatan di Hospital Sungai Buloh, Azadan menjelaskan ibunya yang juga bekas bidan sudah menjalani beberapa prosedur pembedahan di kepala, namun keadaannya masih tidak sedarkan diri.

“Pada 26 Ogos, kami sekeluarga berkumpul di rumah abang sebab selepas itu kami merancang untuk ke Terengganu. Namun selepas solat Subuh, mak biasanya akan berzikir. Kemudian kakak ipar beritahu mak tiba-tiba henti berzikir.

“Ingatkan dia tertidur, tapi bila tengok keadaan mak dia ada muntah sikit dan sebelah kakinya seakan-akan menggigil. Pemeriksaan terus dilakukan sejurus tiba ke hospital dan doktor memaklumkan, pembuluh darah di bahagian otaknya pecah.

“Sejak itu mak koma. Dia bukan diserang angin ahmar tetapi koma terus. Dia setakat ini adalah menunjukkan respos seperti mulut yang terkumat-kamit. Dalam tempoh hampir tiga bulan terlantar, adalah tiga ke empat kali dia buka mata.

“Kami adik beradik memang akan selalu berkomunikasi dengan mak, cuma tak pasti dia boleh mendengar atau pun sebaliknya. Bila sudah lama begitu, kami sudah dapat tahu rutin tidurnya juga,” katanya kepada MH.

Azadan berkongsi perkara itu pada Sidang Media Konsert 25 Tahun Simfoni Kesyukuran Rabanni di Amber Chinese Muslim Restaurant, Kuala Lumpur, pada Rabu.

Konsert dengan kerjasama Yayasan Warisan Johor yang akan berlangsung pada 30 Disember depan di Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Pasir Gudang, Johor itu antara lain khusus bagi menghargai peminat yang menyokong perjuangan seni Rabbani selama 25 tahun.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


Lebih istimewa, ia turut menampilkan artis undangan Hijjaz, Mawi, Daqmie, Dinnie Juri dan Aeydan dan mereka bakal membuat persembahan lagu-lagu daripada kumpulan itu sendiri.

“Penganjuran konsert ini bertujuan meningkatkan kefahaman, kesedaran terhadap genre nasyid dan menanam semangat jati diri masyarakat melalui bait-bait dalam lirik lagu yang disampaikan.

“Bersesuaian dengan pengalaman 25 tahun Rabbani, konsert ini akan berlangsung dengan beberapa segmen antaranya konsep Andaslusia, Nolstagia Nada Murni, Kebangkitan Nasyid, Tribute dan yang terkini,” katanya lagi.

Tiket untuk konsert dijual pada harga serendah RM58, RM88, RM128 dan RM188 dan pembelian tiket boleh dibuat bermula 1 Disember depan.

Ibu Azadan Koma Hampir 3 Bulan, Reda Ujian Allah SWT

 

Dalam pada itu, Azadan memberitahu ibunya sepatutnya sudah dibenarkan pulang untuk dijaga di rumah. Bagaimanapun setakat ini keadaan tidak mengizinkan susulan status kesihatannya.

“Doktor beritahu pihaknya cuba lakukan yang terbaik. Cuma kami sekeluarga menunggu sekiranya ada keajaiban. Kalau dipanjang usia mak, dia tak akan macam dulu kalau sihat.

“Sepatutnya dua hari lalu dia sudah boleh pulang ke rumah untuk kami jaga, namun tahap Oksigennya belum stabil jadi ia ditangguhkan.

“Setakat ini jantungnya okay, cuma Allah nak uji dengan benda lain. Alhamdulillah kami adik-beradik akan bergilir-gilir jaganya. Syukur saya ada mereka yang mengambil berat soal mak dan masing-masing tahu apa peranan,” katanya lagi.

 

Ketakutan terdedah perbelanjaan RM600bil antara Punca Muhyiddin ganggu BN?

Ibu Azadan Koma Hampir 3 Bulan, Reda Ujian Allah SWT


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Ketakutan terdedah perbelanjaan RM600bil antara Punca Muhyiddin ganggu BN?

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker