Video Annuar Musa: Boleh bekerjasama dengan DAP

[KGVID]https://my-tv.online/wp-content/uploads/2021/01/IMG_5385.mp4[/KGVID]

Satu tamparan hebat apabila Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP menempelak Annuar Musa yang dianggap seperti mereka cerita kononnya ada pemimpin UMNO yang bertemu dan berbincang dengan kepimpinan DAP dalam usaha membentuk satu pakatan baharu untuk menjadi kerajaan.

Tegas Guan Eng, Annuar dilihat begitu ‘desperado’ dalam mencari helah betapa langkah sumbangnya sudah dapat dicium oleh orang UMNO terutama ahli akar umbi. Annuar dilihat begitu gelabah apabila mengadakan sidang media untuk menjelaskan ‘kenapa beliau dipecat’. Annuar cuba menarik simpati ahli UMNO.

Menggunakan alasan bahawa Presiden UMNO ada membuat pertemuan dengan pemimpin DAP adalah tidak benar dakwa Lim lagi kerana beliaulah individu yang akan berada di dalam mana- mana pertemuan yang penting berhubung halatuju parti.

Menggunakan kononnya surat sokongan Zahid kepada Anwar Ibrahim juga merupa kesilapan besar Annuar Musa. Kalau benar tarikh tersebut, ianya adalah 3 bulan yang lalu iaitu pada bulan Oktober 2020. Kenapa Annuar mengambil masa yang lama untuk menjadikan ianya alasan? Apakah beliau mula merasa seronok menjadi menteri lantikan Muhyiddin sehingga boleh bertindak seolah boleh mengugut kepimpinan parti dengan surat sedemikian rupa?

Individu yang sebegini bukanlah seseorang yang boleh dipercayai. Maka betullah tindakan Presiden UMNO memecat beliau.

Ku Nan dan Setiausaha Agung BN yang lain silih berganti, hanya beliau sahaja yang meracau bila dipecat.

Nasib Annuar Musa kerana silap diri sendiri atau pegawai lantikannya?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker