Ismail Sabri Mesti Jawab Isu Audio Syed Fazmi

Ismail Sabri Mesti Jawab Isu Audio Syed Fazmi

Isu rakaman audio antara Setiausaha Politik Ismail Sabri, Syed Fazmi dengan mantan ahli parlimen Jempol, Salim Mohd Sharif sudah beberapa hari tular di seluruh negara.

Dalam rakaman audio tersebut, Syed Fazmi dengan jelas mendesak Salim supaya bersama-sama beliau untuk membunuh kredibiliti mantan perdana menteri, DS Najib.



Salim yang bersetuju dengan perancangan Syed Fazmi itu pula menyatakan bahawa dalam apa keadaan sekali pun DS Najib mesti dipenjarakan.

Lebih memeranjatkan lagi Salim menuduh terdapatnya campurtangan Istana Johor untuk membantu kemenangan Barisan Nasional di PRN Johor.

Bagi penulis, kedua-dua isu yang dibincangkan itu adalah isu yang sangat serius kerana ianya berkaitan Istana Johor dan juga campurtangan politik dalam sistem kehakiman.

Malah dalam perbualan antara mereka, Salim tanpa teragak-agak menuduh DS Najib menggunakan duit untuk membeli ahli politik.



Ismail Sabri tidak boleh berdiam diri dalam isu rakaman audio yang sedang tular itu.

Syed Fazmi adalah Setiausaha Politik Ismail Sabri.

Dan ini menimbulkan tandatanya apakah Ismail Sabri juga terlibat dalam rancangan untuk memenjarakan DS Najib?

Salim juga mesti tampil menampilkan bukti atas tuduhan yang beliau lemparkan terhadap Istana Johor dan DS Najib.



Sekiranya Ismail Sabri, Salim dan Syed Fazmi berdiam diri, rakyat akan beranggapan audio tersebut adalah benar.

Kita menuntut kerajaan yang bakal ditubuhkan oleh Anwar Ibrahim serta kepimpinan tertinggi UMNO memandang serius terhadap isu ini!!!

 

Ismail Sabri Mesti Jawab Isu Audio Syed Fazmi

 



Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button