Kenapa Allah SWT Kurniakan PAS Kemenangan Tanpa Kuasa?



Kenapa Allah SWT Kurniakan PAS Kemenangan Tanpa Kuasa?

Kenapa Allah SWT Kurniakan PAS Kemenangan Tanpa Kuasa?

Mungkin apa yang penulis akan tuliskan ini amat pahit untuk ditelan oleh lebih dari 1 juta ahli PAS di seluruh negara.

Tetapi sudah menjadi kebiasaan, yang pahit itu selalunya adalah ubat yang menjadi penawar kepada penyakit.

Dan yang manis itu biasanya menjadi racun yang menjemput penyakit kepada kita.



Sebagai umat Islam, pasti kita akui setiap yang berlaku itu adalah dengan keizinanNya melalui perancanganNya.

Setiap perancangan Allah SWT pasti ada hikmah yang adakalanya mudah untuk kita fahami dan adakalanya agak sukar untuk kita selami.

Dalam PRU 15, PAS boleh dianggap telah mencapai kejayaan yang tidak pernah diperolehi sepanjang perjuangan politik parti tersebut.

PAS yang berada di bawah Perikatan Nasional bersama-sama PPBM dan Gerakan telah memenangi 49 dari 70 kerusi parlimen yang ditandingi.



Ini membuatkan PAS menjadi parti dominan di dalam Perikatan Nasional yang mempunyai 73 kerusi parlimen.

Di mana PPBM cuma memenangi 24 dari 80 kerusi parlimen yang ditandingi.

Dari keseluruhan pula, Perikatan Nasional berada di kedudukan kedua di belakang Pakatan Harapan yang memenangi 82 kerusi parlimen.

Sekiranya digabungkan jumlah kerusi parlimen yang dimenangi Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional ianya menjadikan kerajaan yang dibentuk mempunyai 155 kerusi parlimen.



Kerajaan itu sudah pasti adalah kerajaan yang cukup stabil kerana memiliki lebih dari 2/3 majoriti di parlimen.

Tetapi adakah ianya berlaku?

Tidak…

Mengapa?



Kerana Pengerusi Perikatan Nasional bersikap angkuh dengan menolak cadangan YDP Agong supaya Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional melakukan kerjasama.

Siapakah yang mengaturkan supaya keadaan itu berlaku?

Sudah pasti Allah SWT.

PAS Juga Di Berikan Kemenangan Tanpa Kuasa Di Peringkat Negeri

 

Malah di peringkat negeri Perak dan Pahang juga, PAS memiliki bilangan kerusi DUN yang besar tetapi tidak diberikan kuasa untuk menubuh kerajaan negeri.

Sama seperti di pusat, Barisan Nasional yang cuma memiliki beberapa kerusi parlimen dan DUN telah diberikan kuasa memerintah oleh Allah SWT.

Mengapa keadaan ini berlaku?

Apalah artinya kemenangan sekiranya hadiah diberikan kepada orang lain?

Adakah Allah SWT sengaja menzalimi ahli PAS yang begitu setia dan bersungguh-sungguh bekerja untuk kemenangan PAS?

Maha Suci Allah yang terpelihara dari sifat zalim, tetapi ada mesej yang Allah SWT mahu sampaikan dari langit kepada lebih dari 1 juta ahli PAS.

Lihatlah sikap pemimpin PAS yang selama ini kamu taat, bukan hanya dengan mata tetapi dengan mata hati kamu.

Jawapannya bukan ada pada kata-kata mereka, tetapi ada pada perbuatan mereka selama ini.

 

Kenapa Allah SWT Kurniakan PAS Kemenangan Tanpa Kuasa?

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker