Keunikan Zahid sebagai Presiden UMNO.

Oleh Adam Malik

Selama 60 tahun lebih UMNO sebagai parti dan kerajaan , kesemua  Presiden mereka ada lah Perdana Menteri.

Bermula dengan Almarhum Tuanku Abdul Rahman sehingga Datuk Seri Najib Abdul Razak semua Presiden UMNO ada lah Perdana Menteri.



Apabila Barisan Nasional tumbang pada PRU14 , jawatan Presiden itu diserah kepada Datuk Ahmad Zahid Hamidi tanpa jawatan Perdana Menteri.

Bermakna , Datuk Ahmad Zahid Hamidi mewarisi Presidensi UMNO tanpa ada apa2 kuasa kerajaan.

Ini menjadikan DAZH sebagai Presiden paling unik dan istimewa sekali.

Tanpa jawatan yang boleh melindungi nya dari serangan musuh dan pihak kerajaan dan juga tanpa kuasa mengikat ahli2 degil dan kaki melawan untuk di umpan jawatan , tender dan projek , DAZH menjadi Presiden unik.



Ketika Presiden UMNO yang lain menjadi Perdana Menteri berbekalkan kuasa Perdana Menteri pun ramai ahli yang ‘rebel’ setelah mendapat jawatan dan projek.

Ambil contoh zaman Mahathir pun Tengku Razaliegh melawan , Musa Hitam dan Anwar Ibrahim melawan.

Kemudian zaman Najib Razak pula Husni Hanazlah, Shafie Apdal , Muhyiddin Yassin dan lain2 yang dikayakan dengan jawatan dan projek pun melawan juga.

Sebelum ini dizaman Tuanku, Mahathir Melawan , zaman Razak , Sulaiman Palestin melawan.



Mereka melawan Ketika Presiden ada kuasa Perdana Menteri dengan kawalan kementerian dibawah nya.

Tetapi , Zahid sangat unik dan istimewa, dia diserang oleh musuh UMNO pergunakan RoS , mahkamah, Peguam Negara, LHDN SPRM tanpa kuasa pelindung Perdana Menteri.

Kemudian Zahid diserang oleh pihak dalaman berkiblat kan pemimpin musuh.

Tetapi Zahid masih teguh.



Istimewa nya Zahid ada lah dia juga mengepalai parti mengadap PRU15 sebagai parti bukan kerajaan sebenar kerana Ismail Sabri ada lah boneka Muhyiddin Yassin dan Tun Mahathir yang terikat tangan dengan perjanjian sulit yang dibuat oleh nya sendiri tanpa pengetahuan parti.

Selain dari keunikan2 ini dan keistimewaan Zahid berkenaan hal2 diatas , Zahid juga istimewa kerana walaupun jawatan Perdana Menteri sangat tinggi , tetapi apabila mesyuarat UMNO Hieraki Zahid lebih tinggi dari Perdana Menteri kerana dalam UMNO , Perdana Menteri sekadar Naib Presiden sahaja yang dilantik oleh Muhyiddin Yassin.

Jika Zahid menjadi Presiden Ketika UMNO kalah , kini Zahid masih menjadi Presiden Ketika UMNO masuk dalam kerajaan kerana pemenang gagal tubuh kerajaan.

Jika mereka gagal tubuh kerajaan , maka mereka bukan pemenang juga sama dengan UMNO.



Dipercayai pihak rebel dalam UMNO yang dibiyai pihak lawan dan dana yang mereka kumpul terhasil dari jawatan mereka perolehi Ketika Ismail Sabri menjadi Menteri kanan dan Perdana Menteri akan digunakan untuk tumbangkan Zahid pada Pemilihan UMNO akan datang untuk membawa UMNO kepada kaki musuh.

Pandai2 lah ahli UMNO mempertahankan parti mereka dari dibubarkan apabila dibawa kepada parti musuh oleh para Broker 600 bilion yang rahsia mereka ditangan ‘Tuan2” mereka

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button