KLCI kembali susut bawah paras 1,500 mata

KUALA LUMPUR: Indeks utama Bursa Malaysia kekal di bawah paras psikologi 1,500 pada sesi dagangan tengah hari disebabkan kegiatan pengambilan untung berikutan kenaikan kukuh semalam.

FBM KLCI meningkat 4.04 peratus semalam, sebahagiannya didorong oleh pelantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10.

Pada waktu rehat tengah hari, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun sebanyak 16.75 mata atau 1.12 peratus kepada 1,485.13 daripada 1,501.88 pada Khamis.

Pasaran pagi ini dibuka 0.18 mata lebih rendah pada 1,501.7.



Pergerakan harga di pasaran kekal negatif dengan kaunter rugi mendahului kaunter untung 551 berbalas 298, manakala 372 kaunter tidak berubah, 1,042 tidak diniagakan dan 15 yang lain digantung.

Jumlah dagangan adalah sebanyak 2.78 bilion unit bernilai RM1.39 bilion.

Kerugian yang dialami saham telekomunikasi seperti Maxis, DiGi dan Axiata, mengheret indeks komposit turun dengan mata gabungan sebanyak 4.856 mata di tengah-tengah kebimbangan baharu tentang peningkatan kes COVID-19 di China dan risiko dasar sifar COVIDnya terhadap pertumbuhan global.

Top Glove paling rugi dalam kalangan 30 konstituen indeks FBM KLCI selepas susut tujuh sen atau 7.11 peratus kepada 91.5 sen, dengan 47.49 juta saham bertukar tangan.



Bagi saham wajaran tinggi lain, Maybank turun tujuh sen menjadi RM8.69, Petronas Chemicals dan IHH Healthcare susut satu sen setiap satu kepada RM9.05 dan RM5.99, CIMB merosot lapan sen kepada RM5.79, Tenaga lemah 23 sen kepada RM8.68 dan Hong Leong Bank susut 12 sen kepada RM20.82.

Bagaimanapun, Public Bank menokok dua sen kepada RM4.54.

Antara saham aktif pula, Advance Synergy susut dua sen kepada 24 sen, MMAG tidak berubah pada tiga sen, manakala Infomina meningkat 16.5 sen kepada 56.5 sen dan Icon Offshore menambah satu sen kepada 15.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas menguncup 95.02 mata kepada 10,573.55, Indeks FBM Emas Syariah kerugian 133.51 mata kepada 10,671.32 dan Indeks FBMT 100 turun 95.26 mata kepada 10,294.56.

Sementara itu, FBM ACE merosot 15.12 mata kepada 5,195.1 dan FBM 70 lemah 33.23 mata menjadi 12,666.59.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 47.32 mata kepada 16,719.56, Indeks Tenaga susut 3.17 mata kepada 760.92, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian berkurangan 0.49 mata kepada 184.52, dan Indeks Perladangan lebih rendah sebanyak 51.57 mata kepada 6,793.49.

Bernama

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker