Masa Depan UMNO Bergantung Sepenuhnya Pada Keputusan Pemilihan Parti

 

Masa Depan UMNO Bergantung Sepenuhnya Pada Keputusan Pemilihan Parti

Masa Depan UMNO Bergantung Sepenuhnya Pada Keputusan Pemilihan Parti

Memang benar UMNO menerima kekalahan yang besar dalam PRU 15 yang lepas.

Juga tidak dapat dinafikan, kekalahan itu berpunca dari perpecahan dalaman di dalam UMNO.

Jati diri dan kesetiaan sebahagian ahli serta pemimpin parti sudah boleh diletakkan tanda harga.



Tidak mengambil pengajaran dari kekalahan UMNO pada tahun 2018, ada kelompok yang menggadaikan perjuangan parti demi sedikit kepentingan peribadi.

Presiden parti melakukan pembersihan secara berperingkat.

Ada nama-nama besar digugurkan dari senarai calon PRU 15 untuk menguji kesetiaan mereka kepada parti.

Namun, hampir kesemua yang digugurkan itu mula menunjukkan wajah sebenar mereka.



Malah ada yang diberi peluang untuk bertanding di PRU 15 juga turut sama melatah.

Lalu pembersihan fasa kedua dilakukan, maka suara mereka semakin kuat kedengaran.

Kini menjelang pemilihan parti, mereka mula menyusun strategi.

Walau pun jawatan presiden dan timbalan presiden tidak dipertandingkan, namun mereka masih mempunyai peluang untuk mengambil alih kepimpinan parti.

Mereka menyusun saki baki kelompok mereka yang terselamat dari pembersihan parti untuk mengisi jawatan penting parti.

Yang paling ingin mereka kuasai adalah suara di dalam MKT UMNO.

Ini satu-satunya jalan yang mereka ada untuk merealisasikan agenda yang selama ini tersembunyi.

Pilihan Di Tangan Ahli UMNO Yang Akan Mengundi

Apa agendanya?

Presiden dan Timbalan Presiden UMNO mahu mereka singkirkan supaya dapat diganti dengan pemimpin pilihan mereka.

Di dalam Perlembagaan UMNO, hanya ahli MKT yang boleh menggugurkan keahlian ahli yang lain dengan keputusan majoriti undi.

Apabila keahlian gugur, maka secara sendirinya semua jawatan yang dipegang, sama ada jawatan yang dipilih atau dilantik akan terlucut.

Mengapa jawatan presiden UMNO sangat penting bagi mereka?

Presiden UMNO juga adalah Pengerusi Barisan Nasional (BN) dan Pengerusi BN boleh membawa keluar sokongan 30 ahli parlimen BN secara en-bloc dari Kerajaan Perpaduan.

Tanpa memikirkan implikasi dan masa hadapan parti, mereka berusaha keras untuk merealisasikannya.

Terpulang kepada akar umbi UMNO sama ada mahu menyingkirkan pengkhianat yang mementingkan diri sendiri atau mahu menyelamatkan parti!!!

 

Masa Depan UMNO Bergantung Sepenuhnya Pada Keputusan Pemilihan Parti

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker