Nasi Goreng Tom Yam



Nasi Goreng Tom Yam
Nasi Goreng Tom Yam

 

Nasi Goreng Tomyam, yang sungguh sedap. Kalau dah pandai masak ni, tak perlulah lagi ke kedai Thai kalau nak makan :)Salah satu menu kegemaran Che Nom, cubalah sebab tak susah nak membuatnya. Dalam resipi ni Che Nom gunakan seafood. Anda boleh campur ayam atau daging jika suka.

 

Bahan-bahan:

 

  • Bahan untuk nasi goreng:
    • 3 cawan nasi, yang sudah disejukkan
    • 1 biji telur
    • 2-3 sudu besar pes Tom Yam (Che Nom guna pes Tom Yam Kung)
    • 7-10 ekor udang, buang kulit dan bersihkan
    • 2 ekor sotong, buang selaput kulit dan potong bulat
    • 2 batang serai, hiris nipis
    • 3 helai daun limau purut, carik-carikkan
    • 2 sudu besar sos sotong atau sos ikan
    • sayur kobis, potong kecil
    • karot, potong dadu kecil
    • 2-3 helai sawi, hiris nipis
  • Bahan untuk tumbuk kasar:
    • 4 ulas bawang merah
    • 3 ulas bawang putih
    • 6 biji cili padi
  • Bahan untuk hiasan tambahan:
    • keropok goreng
    • telur goreng mata

 

Cara Penyediaan:

 

  1. Cara-cara untuk nasi goreng tom yam:
    1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan tumis bahan tumbuk kasar sehingga kekuningan dan wangi.
    2. Masukkan udang dan sotong, dan kacau sehingga separuh masak. Kemudian masukkan telur dan kacau seketika. Masukan pula pes tom yam, serai, daun limau purut, karot dan batang sawi (jika guna), kacau seketika di atas api perlahan.
    3. Masukkan nasi, kacau sehingga sekata. Tuangkan sos ikan atau sos sotong, teruskan kacau sehingga nasi kering sebati. Kemudian masukkan kobis dan daun sawi. Perasakan dengan sedikit lada sulah, garam dan gula secukup rasa.
    4. Hidangkan bersama keropok goreng dan telur goreng mata.

Tom Yam Thai Campur

Nasi Goreng Tom Yam

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Ketakutan terdedah perbelanjaan RM600bil antara Punca Muhyiddin ganggu BN?

 

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :


 

 



Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker