Poland berdepan ujian sukar Arab Saudi

DOHA: Perasaan berbeza akan mengiringi Poland dan Arab Saudi ke perlawanan Kumpulan C Piala Dunia esok dengan tekanan pastinya dirasai Poland apabila mereka sekadar seri tanpa jaringan manakala lawannya itu mengejutan Argentina.

Arab Saudi mengejutkan dunia apabila menewaskan Argentines 2-1 Selasa lalu dan boleh menepis ramalan sekali lagi berdepan Poland yang mendedahkan kepincangan mereka ketika berdepan Mexico apabila Robert Lewandowski, yang tidak pernah meledak di Piala Dunia, gagal menyempurnakan penalti.

Arab Saudi, yang juga pasukan kedudukan kedua terendah dalam kejohanan kali ini di atas Ghana, menyasarkan layak ke pusingan 16 terbaik buat kali kedua selepas disingkirkan Sweden pada 1994.

Bagi Poland pula, kemenangan penting bagi meningkatkan harapan mereka mara ke kelompok 16 terakhir buat pertama kali sejak 1986.

“Keputusan ini tidak tidak mengurangkan peluang kami untuk layak, sama seperti Mexico,” kata jurulatih Poland, Czeslaw Michniewicz selepas perlawanan.

Bagaimanapun sebahagian pemain Poland tampak sudah berputus asa bagi menghadapi aksi terakhir kumpulan menentang Argentina, yang menambah tekanan bagi mereka menewaskan Arab Saudi.

“Kami tidak menambah mata menjelang perlawanan ketiga, yang pastinya akan kalah,” kata penjaga gol, Wojciech Szczesny menjelang pertemuan dengan Mexico.

Arab Saudi sebaliknya, mendapat tonik tambahan daripada kejayaan pertama mereka pada aksi pembukaan Piala Dunia dengan pendahulu Kumpulan C itu akan melalui pertemuan menentang Poland dengan penuh optimis.

Kedua-dua pasukan kurang mengawal permainan dan hanya dua cubaan menemui sasaran dalam aksi pertama namun tapi bagi Arab Saudi, ia sudah cukup untuk mencipta kejutan terbesar dalam sejarah Piala Dunia.

Poland yang mengecewakan penyokong mereka dan Lewandowski yang tampak lebih kepada bertahan, mesti selangkah di depan sekiranya tidak mahu tersingkir pada kejohanan kali ini.

REUTERS

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker