Richarlison ledak dua gol benam Serbia

LUSAIL: Brazil mengatasi Serbia 2-0 dalam aksi Kumpulan G Piala Dunia hasil jaringan Richarlison, termasuk aksi akrobatik untuk gol keduanya di Stadium Lusail.

Penyerang Tottenham Hotspur itu sentiasa menampilkan persembahan terbaik apabila menyarung jersi Brazil tahun ini dan dia membuka jaringan dengan tolakan mudah sebelum jaringan akrobatiknya.

Keputusan Tite untuk menurunkan empat penyerang – Neymar, Vinicius Jr, Raphinha dan Richarlison – membuahkan hasil buat Brazil yang kini mendahului Kumpulan G.

Vinicius menggunakan kepantasannya untuk membelah benteng Serbia manakala Neymar, sentiasa membuatkan benteng lawan kucar-kacir dengan kemahirannya.



Tahap kecergasan penjaring terbanyak Serbia, Aleksandar Mitrovic tidak berada tahap terbaik namun pengendalinya, Dragan Stojkovic tetap menurunkannya dalam kesebelasan utama.

Tidak seperti barisan serangan Brazil, penyerang Fulham itu kurang mendapat umpanan untuk memulakan ancaman ke kubu lawan.

Babak pertama berakhir tanpa jaringan, namun sebaik babak kedua bermula, Brazil menggandakan asakan ke kubu Serbia.

Gol pertama hadir selepas hantaran Neymar menemui Vinicius, namun percubaannya ditampan Vanja Milinkovic-Savic sebelum Richarlison membuat tindakan susulan untuk gol Piala Dunia pertamanya.



Richarlison menggamatkan stadium apabila menyempurnakan hantaran Vinicius dengan jaringan menarik.

Switzerland di tangga kedua kumpulan selepas menewaskan Cameroon 1-0 dan Serbia tercorot.

REUTERS

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker