Tentera Israel roboh sekolah Palestin di Tebing Barat

Tentera Israel roboh sekolah Palestin di Tebing Barat

Tentera Israel roboh sekolah Palestin di Tebing Barat

RAMALLAH: Tentera Israel bertindak merobohkan sebuah sekolah rendah yang baru dibina untuk penduduk Palestin di wilayah Masafer Yatta, selatan Hebron di Tebing Barat.

Lapor Al Jazeera, pegawai dan penduduk setempat berkata, tentera Israel menyerbu kawasan itu pada pagi semalam dan merobohkan sekolah tersebut yang terletak di perkampungan Isfey al-Fauqa.

Menurut ketua majlis tempatan Masafer Yatta, Nidal Younis, tentera Israel bertindak demikian ketika pelajar berada di dalam kelas dan sesi pembelajaran sedang berlangsung.

“Pasukan tentera juga menggunakan bunyi bom untuk menakut-nakutkan kanak-kanak dan mengusir mereka keluar dari sekolah,” katanya.

Berdasarkan Majlis Pelarian Norway, mahkamah tinggi Israel membatalkan injuksi sementara yang membekukan perintah perobohan ke atas sekolah itu.

Perobohan sekolah itu berlaku beberapa hari selepas seorang pelajar Palestin berusia 18 tahun ditembak mati oleh tentera Israel ketika dalam perjalanan ke sekolah di luar kem pelarian Jenin utara Tebing Barat yang dijajah rejim zionis.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


Dalam pada itu, COGAT dan badan tentera Israel bagi urusan pentadbiran di Tebing Barat memaklumkan pihaknya merobohkan bangunan dibina secara haram di kawasan yang ditetapkan sebagai zon tembakan tertutup.

Dilaporkan, bangunan sekolah itu dibina kira-kira sebulan lalu dan sudah beroperasi kira-kira dua minggu.

Sekolah itu mempunyai kira-kira 22 pelajar dari empat perkampungan berlainan di Masafer Yatta.

Sementara itu, aktivis dari Masafer Yatta, Fadi al-Umour berkata, sekolah tersebut merupakan antara puluhan institusi yang dibina di seluruh Tebing Barat di bawah program Kementerian Pendidikan Pihak Berkuasa Palestin dengan pembiayaan Kesatuan Eropah (EU).

Kesemua sekolah dibina dibawah projek itu terletak di kawasan C iaitu 60 peratus daripada Tebing Barat yang dikawal penuh oleh tentera Israel.

Malah, ia juga bertujuan mencabar sekatan Israel ke atas pembangunan Palestin di kawasan itu.

Kementerian Pendidikan Palestin dalam satu kenyataan mengecam pencerobohan itu dan menyifatkan tindakan berkenaan sebagai perbuatan keji.

 

Tentera Israel roboh sekolah Palestin di Tebing Barat


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Ketakutan terdedah perbelanjaan RM600bil antara Punca Muhyiddin ganggu BN?

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker