‘Perang saudara’ BERSATU, Cytro Peja ‘Takut’ Che’gu Bard

Oleh – Bakhtiar Omar


'Perang saudara' BERSATU, Cytro Peja 'Takut' Che'gu Bard

‘Perang saudara’ yang melanda BERSATU (Parti Pribumi Bersatu Malaysia) telah disahkan oleh salah seorang penyokong kuat Timbalan Presiden BERSATU, Dato Seri Faizal Azumu. 

Seorang ‘Cytro’ Peja mengesahkan perkara tersebut apabila menaikmuat 2 hantaran mengkritik Che’gu Bard yang dikenali sebagai orang kuat dalam Perikatan Nasional.

Che’Gu Bard menerusi ciapan X mengkritik serta mencabar Peja untuk menyatakan kesetiaan kepada BERSATU dan Perikatan Nasional. Beliau turut mendedahkan Peja tidak hadir ke mesyuarat BERSATU.

Herman Haassan, dalam pada itu turut mempersoalkan kehadiran Bard ke BERSATU samada benar-benar serius atau kerana mengikut Azmin Ali. Bard sebelum ini begitu lantang mengkritik Azmin Ali sewaktu bergelar Menteri Besar Selangor. Malah, beliau juga antara yang membongkar banyak skandal yang dilakukan Azmin sepanjang menjadi MB Selangor bersama PKR.

Herman turut mendedahkan bagaimana Bard mempengaruhi seorang Ketua Bahagian BERSATU supaya menerima ‘dedak’ atau dalam bahasa lain bayaran untuk melompat keluar dari BERSATU pada PRU14.

Secara tidak langsung, Herman telah turut mendedahkan memang berlaku krisis dalaman yang sedang melanda BERSATU dan dipercayai ia berkaitan perebutan jawatan tinggi dalam parti.

Menurut sumber lain, ada gerakan mengambil alih semua jawatan tertinggi dalam BERSATU digerakkan kerana tidak berpuashati dengan PAS (Parti Islam Se-Malaysia) yang semakin berkelakuan ‘besar kepala’.

'Perang saudara' BERSATU, Cytro Peja 'Takut' Che'gu Bard

Kini, perang dalaman BERSATU bukan sahaja tertumpu kepada jawatan Timbalan Presiden, kedudukan Muhyiddin Yassin selaku Presiden pun dikatakan akan dicabar.

Ini gara-gara tindakan tidak menerima Tun Mahathir kembali ke BERSATU dan tiada kompromi dari PAS untuk memberi laluan kepada Mukhriz Mahathir bertanding di Kedah tempohari.

Apa akan berlaku dalam BERSATU selepas ini? Tepuk dada, tanya cytro BERSATU.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker