AS, England seri tanpa jaringan

AL KHOR: Skuad muda Amerika Syarikat (AS) tampil lebih cemerlang berbanding England dalam aksi Kumpulan B Piala Dunia 2022, tetapi terpaksa berpuas hati dengan keputusan seri.

Tindakan penyudah yang lemah serta beberapa peluang disia-siakan menyaksikan mereka sekadar seri 0-0 di Stadium Al Bayt.

England, yang menurunkan skuad sama ketika kemenangan 6-2 ke atas Iran, sepatutnya mampu mengesahkan kelayakan ke pusingan kalah mati, tetapi gagal menguasai lawan mereka yang tampil lebih yakin.

Tim Weah membuat umpanan kepada Weston McKennie tetapi pemain tengah AS itu melakukan rembatan liar.



Christian Pulisic pula berjaya menewaskan penjaga gol England, Jordan Pickford, tetapi rembatannya terkena palang.

Peluang terbaik England untuk memecah kebuntuan ialah menerusi Mason Mount sejurus sebelum rehat, namun penjaga gol AS, Matt Turner menafikan percubaannya.

Kapten England, Harry Kane seakan tidak berfungsi di barisan depan skuad kendalian Gareth Southgate yang terpaksa akur mengutip satu mata kali ini.

REUTERS



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker