Ismail Izzani – Biarkan Saya, Katalah Apa Yang Anda Mahu Kata

Ismail Izzani Akhirnya Respon Isu…



Ismail Izzani - Biarkan Saya, Katalah Apa Yang Anda Mahu KataIsmail Izzani – Biarkan Saya, Katalah Apa Yang Anda Mahu Kata

Penyanyi, Ismail Izzani, 22, akhirnya membuka mulut selepas mencetuskan kontroversi apabila video memaparkan aksi seorang lelaki mirip wajahnya sedang berciuman dengan wanita di sebuah kelab hiburan tular, baru-baru ini.

Membuat kenyataan menerusi hantaran di IG Story, Ismail menjelaskan bahawa dia tidak kisah mengenai apa yang orang ramai hendak bercakap mengenai dirinya.

“Biarkan saya. Selagi saya menjadi diri sendiri dan keluarga saya tahu apa seterusnya, itu sudah memadai.

“Katalah apa yang anda mahu kata. Saya terus kekal di landasan saya, sayangi tenaga anda. Semoga hari anda baik-baik sahaja,” tulisnya dalam Bahasa Inggeris.

Ismail Izzani - Biarkan Saya, Katalah Apa Yang Anda Mahu Kata

Dalam hantaran terbaharu juga, Ismail turut memuat naik gambar memegang pasport.

Ismail Izzani - Biarkan Saya, Katalah Apa Yang Anda Mahu Kata

Petang tadi, media melaporkan penyanyi lagu Sabar itu tidak berjaya menemubualnya bagi mendapatkan penjelasannya susulan kontroversi yang terpalit.

Penyanyi itu juga dimaklumkan oleh pihak pengurusan, terus pulang selepas selesai membuat persembahan lagu Habis Sini bersama Naim Daniel di Separuh Akhir Muzik-Muzik 37 (SFMM37) yang berlangsung di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral pada Sabtu.

Terdahulu, video kontroversi yang berdurasi tujuh saat itu menyaksikan lelaki bermiripnys, dipercayai dalam keadaan mabuk merangkul wanita sambil mengucup pada bahagian pipi dan leher.

Lelaki terbabit juga sempat memandang ke arah kamera merakamkan wajahnya.

“Buruk Atau Baik, Saya Tetap Jadi Diri saya.” – Ismail Izzani

Ismail Izzani – Biarkan Saya, Katalah Apa Yang Anda Mahu Kata


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Keunikan Zahid sebagai Presiden UMNO.

 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker