60 mangsa banjir di Raub kekal di dua PPS

Raub: Seramai 60 penduduk di Felda Tersang dan Kampung Tersang, di sini, dipindahkan ke dua pusat pemindahan sementara (PPS) selepas rumah mereka dinaiki air dalam banjir kilat akibat air Sungai Kenong naik mendadak, semalam.

Dalam kejadian pada 6 petang itu, seramai 46 orang dari 10 rumah dipindahkan ke PPS Dewan Felda Tersang 01, manakala 14 orang dari tiga rumah pula dipindahkan ke PPS Sekolah Kebangsaan Tersang Kampung.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) yang juga Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah ( JPBD) Raub, Kapten (PA) Samasuddin Kambade berkata, seramai 60 mangsa terdiri daripada 13 ketua isi rumah dipindahkan ke dua PPS berkenaan.



“APM Raub menerima panggilan kira-kira 7 malam daripada orang awam mengatakan ada kes banjir di Felda Tersang dan Kampung Tersang.

“Sepasukan anggota dihantar ke lokasi kejadian untuk membuat kerja-kerja menyelamat dan mengambil maklumat mangsa,” katanya.

Katanya, setakat 9 pagi tadi, kesemua mangsa banjir terbabit masih ditempatkan di dua PPS itu kerana air masih belum surut.

BHOnline



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button