EPL: Manchester United bukan lagi ‘untuk dijual’

EPL: Manchester United bukan lagi ‘untuk dijual’

EPL: Manchester United bukan lagi ‘untuk dijual’
PENENTANGAN terhadap Keluarga Glazer oleh penyokong United pastinya kembali memuncak selepas pemiliknya membuat keputusan enggan melepaskan pemilikan kelab itu. – AFP

MANCHESTER – Pemilik kelab Manchester United, Keluarga Glazer dilaporkan mengeluarkan kelab itu dari status ‘untuk dijual’ selepas mendakwa tidak ada pihak yang berjaya mengemukakan bidaan pada harga yang mereka inginkan.

Menurut laporkan Daily Mail, pemilik kelab itu dipercayai akan cuba kembali ke pasaran untuk menjual pemilikan mereka pada 2025 dan berharap pengukuhan kewangan dan ekonomi dunia akan membantu menarik lebih ramai pembida.

Keluarga Glazer menjangkakan nilai pasaran United akan melambung sehingga £10 bilion (RM58.50 bilion) menjelang tahun tersebut berikut peningkatan keuntungan menerusi hak penyiaran ekoran pengenalan saingan Piala Dunia Kelab sertai saingan Piala Dunia 2026 .



Perkembangan terbaharu itu pastinya mengecewakan para peminat setiap United yang percaya kelab itu bakal mendapat pemilik baharu dalam tempoh terdekat ini selepas mendesak Keluarga Glazer meninggalkan Old Trafford.

Sebelum ini, bilionair dari Qatar, Sheikh Jassim bin Hamad Al Thani bersaing sengit dengan pemilik syarikat petrokimia dari Britain, Sir Jim Ratcliffe untuk mengambil alih kelab itu selepas beberapa bidaan dilakukan mereka.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kenapa pemimpin PAS terkinja kinja mahu menjilat UMNO?


Bagaimanapun, selepas beberapa pusingan proses penawaran berjalan, tidak ada sebarang keputusan dibuat oleh Keluarga Glazer mengenai bidaan yang diterima sekali gus menimbulkan persoalan sama ada mereka benar-benar mahu menjual kelab itu atau sebaliknya.

Sebahagian laporan menyebut, Keluarga Glazer membuat pusingan U terhadap keputusan untuk menjual pemilikan penuh United selepas berjaya menyakinkan beberapa pelabur minoriti untuk mengukuhkan struktur kewangan kelab itu. – AGENSI



EPL: Manchester United bukan lagi ‘untuk dijual’


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Mampukah Ahmad Terrirudin Mencuci Taik Idrus Harun Dan Tommy Thomas?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker