Al-Nassr tawar CR7 kontrak RM1 bilion

London: Bekas penyerang Manchester United, Cristiano Ronaldo yang kini sedang mencari kelab baharu dilaporkan menerima tawaran sangat lumayan daripada kelab Arab Saudi, Al-Nassr.

Bintang Portugal itu meninggalkan Old Trafford secara persetujuan bersama susulan temubual kontroversinya dengan Piers Morgan.

Kenyataan daripada pemain berusia 37 tahun itu menyebut: “Susulan perbualan dengan Manchester United, kami bersetuju menamatkan kontrak lebih awal.

“Saya sayang Manchester United dan penyokongnya, ia tidak pernah berubah. Namun sudah masanya saya perlu mencari cabaran baru. Saya doakan kelab terus berjaya hadapi baki saingan musim ini dan di masa depan.”

Perpisahan itu bermakna kali pertama dalam kariernya, Ronaldo menjadi ejen bebas dan pastinya mahu menarik perhatian majikan baru dalam saingan Piala Dunia di Qatar.

Laporan menyebut tawaran mega sudah pun dihantar kepada wakil Ronaldo, Jorge Mendes. Menurut CBS, kelab Arab Saudi, Al-Nassr menawarkannya kontrak tiga tahun yang membolehkan pemain veteran itu beraksi sehingga berusia awal 40-an.

Dengan Piala Dunia di Qatar, Al-Nassr berharap Ronaldo lebih bersedia beraksi di luar Eropah malah menawarkan £62 juta (RM335 juta) setahun kepada pemain itu. Ini bermakna Ronaldo dapat meraih lebih £186 juta (RM1 bilion) sepanjang tempoh kontrak.

Keputusan kini terletak di tangan Ronaldo sama ada menerima tawaran mega itu, satu-satunya tawaran kepadanya ketika ini atau menunggu lagi untuk mendapat tawaran lebih baik.

Agensi

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker