Bekas PM Pakistan batal perarakan ke Islamabad, elak rusuhan ganas

Bekas PM Pakistan batal perarakan ke Islamabad, elak rusuhan ganas

Bekas PM Pakistan batal perarakan ke Islamabad, elak rusuhan ganas
IMRAN Khan muncul di skrin gergasi ketika berucap pada perhimpunan di Rawalpindi, Pakistan. – AFP

ISLAMABAD: Bekas Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan membatalkan `perarakan bantahan’ ke ibu negara, Islamabad berikutan bimbang akan berlaku rusuhan ganas.

Lapor Al Jazeera, Imran turut mengumumkan wakil rakyat partinya, Parti Tehreek-e-Insaf (PTI) akan meletak jawatan daripada Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam usaha terbaharu untuk mendesak kerajaan mengadakan pilihan raya awal.

“Saya memutuskan untuk tidak pergi ke Islamabad kerana saya tahu akan berlaku kekecohan.

“Sudah tentu kerugian itu akan menimpa negara,” katanya dalam penampilan pertamanya di khalayak ramai di Rawalpindi sejak cedera dalam insiden tembakan pada awal bulan ini.

Sejak digulingkan melalui undi tidak percaya di Parlimen pada April lalu, Imran mengadakan perhimpunan besar-besaran di seluruh negara untuk memberi tekanan kepada kerajaan mengadakan pilihan raya awal.

Protes itu dijadualkan berakhir dengan perarakan ke Islamabad.

Malah, ia dijangka memburukkan lagi kemelut politik di negara bersenjata nuklear itu yang ketika ini bergelut dengan krisis ekonomi.

Wartawan Al Jazeera di Islamabad melaporkan Imran membuat rayuan penuh semangat kepada penyokongnya dengan menegaskan kekacauan tidak seharusnya menjadi kepentingan Pakistan memandangkan negara itu berdepan krisis ekonomi.

Sementara itu, Imran berkata, parti pimpinannya akan meninggalkan dua dewan wilayah dan dua unit pentadbiran.

“Kami tidak akan menjadi sebahagian sistem ini, kami memutuskan untuk keluar daripada semua dewan dan sistem yang korup ini,” katanya ketika berucap di hadapan ribuan penyokong.

Sebelum ini, wakil rakyat PTI sudah meletak jawatan daripada Parlimen namun kekal berkuasa di dua wilayah dan dua unit pentadbiran, Gilgit-Baltistan dan Kashmir ditadbir Pakistan.

Jelas laporan Al Jazeera, keputusan wakil rakyat parti PTI untuk meletak jawatan DUN Punjab, Khyber Pakhtunkhwa bertujuan memberi tekanan kepada kerajaan untuk mengadakan pilihan raya awal.

Imran Khan tuntut pilihan raya baharu, rancang perhimpunan di Islamabad

 

Bekas PM Pakistan batal perarakan ke Islamabad, elak rusuhan ganas

 

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Keunikan Zahid sebagai Presiden UMNO.

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker