Ibu bapa hukum anak tonton TV sepanjang malam, tidak benarkan tidur

Ibu bapa hukum anak tonton TV sepanjang malam, tidak benarkan tidur
KANAK-KANAK lelaki itu dihukum menonton televisyen sepanjang malam. – AGENSI

Ibu bapa hukum anak tonton TV sepanjang malam, tidak benarkan tidur

BEIJING: Sepasang suami isteri di China mencetuskan kontroversi selepas bertindak menghukum anak mereka yang terlalu banyak menonton televisyen dengan memaksa kanak-kanak itu berjaga sepanjang malam untuk menonton rancangan kegemarannya.

Memetik laporan Oddity Central, pasangan dari wilayah Hunan, tengah China menyuruh anak mereka berusia lapan tahun itu menyiapkan kerja sekolahnya dan tidur pada pukul 8.30 malam, sebelum mereka keluar.

Namun, apabila pulang ke rumah, pasangan itu menemukan anak lelakinya masih lagi menonton televisyen walaupun sudah melepasi waktu tidurnya.

Malah, pasangan itu turut mendapati anaknya tidak menyiapkan kerja sekolah sehingga menyebabkan mereka marah dan memutuskan untuk menghukumnya.

Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) rumah itu yang tular dalam media sosial di China, kejadian tersebut berlaku pada malam 11 November lalu.

Pasangan itu menghukum anaknya dengan menyuruh kanak-kanak itu menonton rancangan kegemarannya di televisyen sepanjang malam dan bergilir-gilir mengawasinya supaya mereka boleh memaksanya untuk berjaga.

Kanak-kanak itu pada mulanya kelihatan tenang menonton televisyen tetapi selepas beberapa jam, dia mula menjadi letih dan semakin mengantuk.

Rakaman video menunjukkan budak lelaki itu juga cuba memasuki biliknya untuk tidur namun dipaksa oleh ibunya menonton televisyen lagi.

Pada pukul 2 pagi, kanak-kanak itu mula menangis dan merayu pada ibunya untuk dibenarkan tidur namun tidak berjaya.

Budak lelaki itu juga terlelap di sofa beberapa kali namun ibu atau bapanya akan mengejutkannya untuk terus menonton televisyen.

Berdasarkan rakaman CCTV, kanak-kanak itu hanya dibenarkan tidur kira-kira pukul 5 pagi

Tonton filem Korea Selatan, kena hukum ‘kerja berat’

Ibu bapa hukum anak tonton TV sepanjang malam, tidak benarkan tidur


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Keunikan Zahid sebagai Presiden UMNO.

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker