Jerman, Sepanyol sama handal

AL KHOR, QATAR – NOVEMBER 27: Niclas Fuellkrug of Germany celebrates after scoring their team’s first goal during the FIFA World Cup Qatar 2022 Group E match between Spain and Germany at Al Bayt Stadium on November 27, 2022 in Al Khor, Qatar. (Photo by Alexander Hassenstein/Getty Images)

AL KHOR: Pemain yang diturunkan daripada bangku simpanan, Niclas Fuellkrug melakukan rembatan kencang dari jarak dekat pada babak kedua untuk menyelamatkan Jerman dalam saingan Piala Dunia.

Pada aksi Kumpulan E itu, kedua-dua pasukan terikat 1-1, satu keputusan yang menyaksikan saingan masih terbuka buat mana-mana pasukan untuk mara ke pusingan seterusnya.

Alvaro Morata berjaya menewaskan penjaga gol, Manuel Neuer selepas menerima hantaran daripada Jordi Alba pada minit ke-62 bagi membolehkan Sepanyol mendahului perlawanan.

Namun, Fuellkrug nyata menjadi penyelamat buat Jerman pada minit ke-83 menerusi rembatan kencangnya.

Sepanyol mendahului carta kumpulan dengan empat mata dan kini hanya memerlukan keputusan seri pada aksi terakhir Kumpulan E menentang Jepun untuk mara ke pusingan seterusnya.

Kemenangan bakal membolehkan mereka mara ke pusingan kalah mati.

Jerman yang tewas 1-2 pada aksi pembuka tirai di tangan Jepun berada di tangga tercorot carta kumpulan dengan satu mata.

Mereka perlu meraih kemenangan ke atas Costa Rica pada Khamis ini dan ‘hidup mati’ pasukan itu turut bergantung kepada kekalahan Jepun.

Sekiranya Jepun meraih keputusan seri, ia kemudian akan dinilai menerusi perbezaan jaringan atau gol dijaringkan oleh Jerman dan Jepun.

Reuters

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker