‘Memalukan kami gagal benam Jerman’

DOHA: Sepanyol tidak akan memandang rendah Jepun dan menyasarkan untuk menang sekalipun kini masih mendahului Kumpulan F selepas terikat 1-1 dengan Jerman, kata pengendali La Roja, Luis Enrique.

“Ada satu perasaan yang pelik di bilik persalinan kerana kami berpeluang menewaskan Jerman. Tetapi memalukan apabila kami mensia-siakan kesempatan itu.

“Cuma kami perlu berfikir yang kami masih mendahului kumpulan maut ini dan terus berpandangan positif.

“Keputusan seri ke atas Jepun sudah cukup untuk kami layak tetapi kami tidak mahu berspekulasi. Kami akan turun dengan kekuatan penuh dan mendapatkan kemenangan untuk terus kekal mendahului carta kumpulan.”

Sepanyol jelas pasukan yang lebih baik dan mendahului pada minit ke-67 menerusi Alvaro Morata namun diikat jaringan penyamaan Niclas Fuellkrug pada minit ke-83 sekali gus menafikan kemenangan kedua berturut-turut mereka selepas membuka kempen dengan kemenangan 7-0 ke atas Costa Rica.

“Jerman tidak seharusnya memikirkan mengenai perlawanan kami, mereka perlu fokus kepada Costa Rica terlebih dahulu kerana kita di Piala Dunia dan semua pasukan ada kualiti masing-masing.

“Kita kurang kemas dan kurang segar sepanjang perlawanan berdepan Jerman, mungkin juga kurang ketenangan.

“Tetapi kami katakan dalam bilik persalinan bahawa tekanan juga satu kelebihan. Jadi kami perlu menanganinya seperti biasa.

“Kalau kita mahu bermain tujuh perlawanan (sehingga final), kami perlu memberikan yang terbaik,” kata Enrique.

REUTERS

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker