“JANGAN ADA TV LAH… HANYA JALANKAN TUGAS” – JAWAB ZUL ISU FOTO ‘SWEET’ DENGAN RUHAINIES

“Sebenarnya benda ini sensitif tapi kalau anda tak nak tengok, jangan ada TV lah.. itu komen ringkas yang saya boleh bagi. Sebagai seorang Muslim, kalau awak tengok perempuan pakai skirt dalam tv pun it’s bad to see, apa entah lagi babak pegang-pegang, jadi jangan ada televisyen!

“Saya tahu komen ini kedengaran agak kasar.. tapi saya hanya menjalankan tugas (sebagai seorang pelakon) dan ini hanya pendapat saya sahaja,” demikian kata pelakon Zul Ariffin.

Aksi mesra pelakon Zul Ariffin dengan pelakon wanita gandingannya bukan satu isu baharu yang diperkatakan umum. Terbaharu, aksi romantis Zul bersama Ruhainies menerusi sebuah drama bersiri ‘Wifi Sebelah Rumah’ menjadi bualan berikutan perkongsian foto-foto mesra mereka di lokasi penggambaran.

Klik untuk gambar besar



Image_2.jpg

Zul atau nama sebenarnya, Zulkifli Ariffin, 34, berkata dia cuma menjalankan tugas mengikut watak yang telah diamanahkan pihak produksi terhadap dirinya.

Menginjak usia pertengahan 30-an, Zul berkata, dia mungkin akan mengurangkan watak pasangan bercinta. Sebaliknya, pelakon filem ‘Tombiruo’ ini ingin lebih mencuba karakter lain yang dapat mempelbagaikan bakat lakonannya.

“Kita bukannya makin muda, satu hari nanti saya akan kurangkan cerita cinta. Kalau anda perasan pun, saya dah kurang ambil tawaran berlakon cerita cinta lebih-lebih lagi dalam naskhah filem. Itu semua (watak bercinta), biar budak-budak muda yang buatlah,” katanya.

Image_3.jpg

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker