Aksi ‘wajib menang’ berdepan England – Bale

DOHA: Penyerang Wales, Gareth Bale, berkata pasukannya perlu memberikan segala yang dimiliki untuk menewaskan England di Piala Dunia pada Selasa ini selepas tewas di tangan Iran.

Jumaat lalu, pasukan kendalian Rob Page kecundang 2-0 di tangan Iran manakala Bale meledak jaringan menerusi penalti pada saingan pembukaan.

Wales turut diikat 1-1 dengan Amerika Syarikat (AS), sekali gus meletakkan pasukan itu berada di tangga tercorot Kumpulan B dengan satu mata.



Pasukan kini bergantung harap untuk menewaskan England dan perlawanan antara AS dan Iran terikat seri sekiranya mereka mahu melangkah ke pusingan 16 terbaik.

Sekiranya salah satu pasukan meraih kemenangan dalam perlawanan Kumpulan B yang lain, Wales ‘wajib’ menewaskan England dengan empat jaringan untuk mara ke pusingan seterusnya.

“Pada detik ini, kami tidak berada di posisi yang baik, kami tidak meraih kejohanan yang menakjubkan,” kata Bale.

“Perkara utama adalah kami kekal bersama sebagai satu pasukan, seperti yang kami biasa lakukan dan kami akan berjuang semula. Kami memiliki segala-galanya.



“Kamu sudah melihat reaksi kami, apabila kami dibolosi ketika menentang Iran, perasaan kami hancur, terduduk dan kecewa. Semua orang kecewa tetapi kami akan kekal bersama tidak kira apapun yang berlaku, dan kami akan memberikan segala-galanya di atas padang,” katanya.

Dalam pada itu, Page berkata, England boleh dikalahkan dan mereka begitu terharu dengan sokongan diberikan penyokong Wales di Qatar.

“Kejohanan ini menunjukkan setiap pasukan boleh dikalahkan, jadi sudah tentu England juga boleh dikalahkan.

“Apa saja pasukan (Gareth Southgate) turunkan nanti, ia akan menyediakan satu cabaran sengit, mereka pasti menjadi pilihan untuk menang.



“Kami akan turun dan memberikan akaun yang baik untuk diri kami sendiri,” katanya.

AFP

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button