Dua gol Kudus bantu Ghana tewaskan Korea Selatan

AL RAYYAN, QATAR – NOVEMBER 28: Mohammed Kudus of Ghana celebrates with teammates after scoring their team’s third goal during the FIFA World Cup Qatar 2022 Group H match between Korea Republic and Ghana at Education City Stadium on November 28, 2022 in Al Rayyan, Qatar. (Photo by David Ramos – FIFA/FIFA via Getty Images)

AL RAYYAN: Mohammed Kudus meledak dua gol bagi membantu Ghana menewaskan Korea Selatan dengan keputusan 3-2 pada saingan Kumpulan H Piala Dunia yang penuh dramatik, sekali gus membuka peluang mereka untuk ke pusingan seterusnya.

Ghana mendahului 2-0 pada babak pertama, namun membenarkan Korea Selatan bangkit semula menerusi jaringan Cho Gue-sung yang menjaringkan dua gol dalam tempoh tiga minit bagi menyamakan kedudukan kepada 2-2.

Kudus menjadi wira buat kemenangan Ghana pada minit ke-68 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Education City itu.

Ghana yang tewas 3-2 pada perlawanan pembukaan kumpulan di tangan Portugal, kini meraih tiga mata dalam carta kumpulan manakala Korea Selatan satu mata selepas dua perlawanan.



“Kami menunjukkan mentaliti pada hari ini seperti mana ketika bertemu Portugal.

“Pemain sangat menakjubkan hari ini dan kami menang tiga mata,” kata Kudus.

Ghana mendahului permainan pada minit ke-24 apabila Mohammed Salisu memanfaatkan kegagalan Korea Selatan mengeluarkan bola dari dalam kotak penalti.

Kudus menambah jaringan dengan tandukan untuk meletakkan Ghana 2-0 di depan sebelum rehat.



Selepas rehat, Korea Selatan bangkit dengan dua tandukan Cho Gue-sung yang hanya berselang tiga minit untuk menyamakan kembali kedudukan.

Kudus bagaimanapun memastikan kemenangan buat Ghana dengan jaringan minit ke-68.

Dalam pada itu, jurulatih Ghana, Otto Addo memuji barisan pemainnya yang menunjukkan semangat juang yang tinggi.

“Tahniah kepada pasukan kerana bangkit dan menjaringkan gol ketiga selain dapat bertahan dengan baik.



“Korea Selatan nyata memberikan banyak tekanan, namun pada akhirnya kami sedikit bertuah,” katanya.

Reuters

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button